Home Isu Semasa Manusia Tertinggi Di Malaysia, Terima Anugerah Malaysia Book Of Records

Manusia Tertinggi Di Malaysia, Terima Anugerah Malaysia Book Of Records

223
0

Tular di lama sosial mengenai seorang lelaki dengan ketinggian luar biasa. Ketinggiannya mencecah 220 sentimeter dan pernah menerima sijil daripada Malaysia Book Of Records sebagai manusia tertinggi di Malaysia.

Biarpun ia satu keunikan bagi orang lain, namun Mohd Azli Hisham Abdul Ghafar, 25, dari Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 3, mengakui kelebihan itu menyukarkan kehidupannya.

Bukan sahaja sering mencuri perhatian orang, malah dia juga sukar mencari pekerjaan serta kelengkapan diri terutamanya pakaian, ujarnya

“Ketika kecil, saya dilahirkan normal namun bila meningkat remaja, ketinggian ini mula meningkat melebihi biasa. Mungkin pelik bagi orang, tapi susah juga bagi saya.

“Tahun 2011, ketinggian saya 197 sentimeter, namun pada 2012, ia meningkat kepada 205 sentimeter. Sekarang, sudah mencecah 220 sentimeter.

“Begitu juga dengan pakaian, saya terpaksa membuat tempahan pakaian kerana baju saya berukuran 4XL manakala kasut pula bersaiz 16. Sepasang baju dan seluar sudah mencecah lebih RM200,” katanya lagi.

Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Jom Tengok Apa Kata Netizen

@Farihin Haikal:Dgr skrng dia dgn klccc tu sme tinggi

@F∆NX:aku pernah jumpa die ni kat gua musang haritu mmg gerun wehh tengok die berdiri tepi

@Maznahketu🗿:Ini kalau jadi keeper futsal memang senget pala mat😂

@hanitarosli:sesuai masok sukan lompat tinggi ni

@akiremputnimgmail.com:mashaallah baru tau yg dok tgok pon bgsa asing ternyata m,sia pon ada org tinggi

@JoeJet:dengar² kejang urat leher si tukang tebiu tu..btol ke? 😁

@Makan lah sikit😅:rajin skoloh paloh skali nga dio..cikgu nok guting rambut suruh tunduk dulu baru buleh guting rambut dio..

@Arewie.co:Macam mane nak bawak kereta ni woi

@𝕬𝖉𝖑𝖎𝖓𝖆𝖟♡:dia tk tinggi , cume slh country HAHAHA

@Iman Azizi:dia boleh geng dgn player bola keranjanv nbl Luar negara

Uish tinggi betul abang ni, kalau min jumpa ni mesti paras perut dia je. Apa-apa pun, min doakan yang terbaik untuk abang ni. Moga dipermudahkan urusan.

Sumber Tiktok dan Instagram

Previous articleIbu Chef Wan meninggal dunia jam 6.20 pagi tadi
Next article“Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih..” – Fazura Beri Komen Mengenai Isu Syamsul Yusof?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here