Home Uncategorized Mamat Khalid prgi buat selamanya, Azman Tnjuk Mesej terakhir yg buat dia...

Mamat Khalid prgi buat selamanya, Azman Tnjuk Mesej terakhir yg buat dia pening.

302
0

Pengarah filem tersohor, Mamat Khalid adalah seorang wira yang turut memperjuangkan agenda perpaduan.

Melalui karya filem yang menjadi tontonan pelbagai kaum dan peringkat usia, pengarah filem tersohor itu telah meninggalkan legasi indah dengan menghantar pelbagai mesej perpaduan kaum dalam karya-karya besarnya.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Sadique menganggap pengarah tersebut sebagai insan seni yang hebat apabila turut membantu memberikan sumbangan tidak ternilai kepada negara melalui karya seninya.

saascsca

“Allah temukan, Allah juga Pisahkan.

Gambar ni special. Sebab asalnya nak mintak izin balik Johor (sebab dah habis scene saya)

Tapi kena tahan dengan abg Mamat almost 4 jam.
“Tak Rugged la Balik” ulang2 dia cakap.

Pada waktu ini, dia luah macam2 pada saya berkaitan Seni, Sejarah, Politik dalam alam Melayu dari zaman dulu hingga sekarang.

Konklusinya, “We need to make a dent (dalam Industri Seni)”
” Jangan cakap saja, tapi buat dan terus buat”

Dan pelbagai Nasihat yang sebenarnya saya agak pelik dia beri saya pada waktu itu.

Sehari sebelum tu dia ada cakap
“Kau ada Flare” ulang2 dia cakap masa makan dengan dia. Saya pun pening apa benda tu Flare
“Flare bukan fotogenik, lain. Tapi filem, movie, camera suka kau. Senang tangkap” dia kata. Saya lagi la makin pening

Alhamdulillah saya sempat bersama seorang seniman agung alam melayu zaman ini. Dimana hasil seninya bukan sekadar seni semata. Yang Peka akan faham.

Mengapa saya terima terus lamaran Abg Mamat Khalid sedangkan ramai lagi sebenarnya director dan producer yang approach saya?

Salah satunya adalah kerana Abg Mamat nak watak Gerhana tu 100% diri saya, tapi muda 10-20 tahun. Darah Muda, Ganas, Kasar, Unpredictable, Knowledgeable, Curious dan Rebel. Hanya tukar nama Azman kepada Gerhana, dan jadi lebih muda. Saya jadi kekal macam diri saya so outcomenya natural

Dia bijak meletakkan seseorang ditempat yang paling sesuai.

Terlalu banyak yang dia kongsi sepanjang saya bersama dia walaupun dalam waktu yang singkat. Insyallah sampai masa saya huraikan.

Kami sebenarnya dah prepare untuk shoot “Kampung Pisang berbuah 2 kali” 29hb oktober ini. Kalau ikut katanya, saya akan diberi lead role dalam filem tu. My Debut as Gerhana, adik cik Purnama.

Dari awal saya dah tanya abg mamat :
” Bos, nampak mcm movie kali ni spotlight byk kat saya. Is it worth it? Sbb sy orang baru. X pernah ada movie lansung. Boleh pegi ke cite tu nnt? Risau xda org tgok sbb sy ni tak popular ”

Dia jawab simple:
“Kita buat dia”
Itu exact words dia.

Kali terakhir abg mamat hubungi saya adalah pada 21hb
” U gonna sing this song -kehebatan cinta Jamal Abdillah & Francesca Peter (untuk Kg Pisang Berbuah 2 kali)”- Kata Azman Naii

“Beliau adalah seorang pengkarya, ahli seni yang patut dicontohi semua. Karya seni adalah medium yang dapat dijadikan sebagai platform penyatuan bangsa dan kaum di negara ini.

“Sebagaimana Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang meninggalkan legasi seni sehingga berdekad-dekad lamanya kepada seluruh masyarakat pelbagai kaum di Malaysia, saya melihat Mamat Khalid juga begitu.

“Ada nilai kemasyarakatan, nilai perpaduan kaum, nilai kebersamaan melalui karya-karya Mamat,” kata Halimah.

Menurut Halimah, keindahan sebuah karya seorang pengarah filem adalah apabila menjadi tontonan masyarakat pelbagai kaum, selain turut menghantar mesej-mesej positif yang diterima sehingga melangkaui zamannya.

“Mamat Khalid bukan sahaja menghasilkan karya seni yang bersifat humor, tetapi juga mengajak seluruh masyarakat supaya saling hormat menghormati, berkasih sayang, tolong menolong dan bertoleransi sesama masyarakat.

“Di situ ‘mahalnya’ sebuah karya seni apabila turut bercerita dengan nilai yang positif, sehingga dikenang dalam sejarah,” katanya.

Halimah turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pengarah filem Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah itu atas kembalinya ke rahmatullah.

“Saya berharap seluruh keluarga Allahyarham diberikan ketabahan atas kehilangan ini. Marilah kita seluruh umat Islam menghadiahkan al-Fatihah kepada Allahyarham.

“Perginya Mamat Khalid juga adalah kehilangan besar kepada negara dan saya percaya karya-karya beliau akan terus hidup dan segar di mata masyarakat Malaysia,” kata Halimah lagi.

Mamat Khalid, 58, meninggal dunia lewat malam tadi, di Hospital Slim River, Perak ekoran serangan jantung.

Mamat yang juga adik kepada kartunis tersohor negara, Datuk Lat meninggalkan seorang balu, Hasmah Hassan dan lima anak.

Allahyarham difahamkan pengsan di restorannya, Sarang Art Hub sebelum dikejarkan ke hos.pital.

Beliau dibawa ke hos.pital Slim River menaiki ambulans dan dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan bagi mendapatkan rawatan.

“Allahyarham pengsan di Sarang Hub, tempat dia dan dibawa ke hospital dan di.sahkan me.ning.gal dunia.

“Maklumat awal yang kami dapat, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Ipoh esok,” katanya.

EB7CA15C C352 4DDB A981 B3DC6699E23D 373x600 1

Allahyarham Mamat Khalid atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid menghembuskan nafas terakhirnya di tangga usia 58 tahun dan meninggalkan seorang isteri, Hasmah Hassan serta lima orang anak.

Penerbit dan pengarah hebat itu pernah dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke unit rawatan rapi selepas mengalami sesak nafas pada Oktober 2019.

Allahyarham sebelum ini pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana mengalami sesak nafas dan masalah penyakit tersebut.

Screenshot 20211024 071708

Allahyarham cukup disegani dalam dunia perfileman negara dan karya-karyanya sering pecah panggung serta memberi kesan cukup hebat kepada penonton.

Sementara itu di media sosial, rakan-rakan selebriti turut melahirkan rasa terkejut dan sedih dengan berita pemergian Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid.

Screenshot 20211024 071725 Screenshot 20211024 071736

Selain seorang balu, beliau yang juga adik kepada kartunis Datuk Lat turut meninggalkan lima orang anak.

Antara karya hangat dihasilkan Allahyarham sebagai pengarah ialah filem Rock oo (2013), Kala Malam Bulan Mengambang (2013), Man Laksa (2006), Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) dan Zombi Kampung Pisang (2007).

Filem Kala Malam Bulan Mengambang turut diangkat sebagai Filem Terbaik, Festival FIlem Malaysia ke 21 (FFM21) dan Anugerah Skrin 2008.

Sumber : utusan.com.my

Sumber : mstar

Sumber: K!ONLINE

Previous article“Dapat bini comel dan sanggup jaga suami..” – Isteri urus suami yg str0k, tp benda lain yg org perasan.
Next article“Sep4k kita pun xde hal la..” Penampilan Trbaru Che Ta Sebagai Detektif Curi Tumpuan- ‘Tolong tngkap saya detektif lawa’
Selain menulis, turut gemar buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang. Sukakan sejarah kerana dengan sejarahlah dapat mengenal tentang diri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here