Home Hiburan “Malu 7 Keturunan Ni..”- Cuba Pamer Bakat Depan Siti Nurhaliza, Peminat Ditegur...

“Malu 7 Keturunan Ni..”- Cuba Pamer Bakat Depan Siti Nurhaliza, Peminat Ditegur ‘Silap Part’ Depan Muka

343
0

Menerusi satu klip perkongsian oleh salah seorang peminat selebriti terkenal iaitu Siti Nurhaliza yang baru baru ini membuat satu majlis bersama para peminat beliau iaitu ‘Potluck Raya’ menjadi bualan ramai kerana pelbagai aksi dan adegan dikongsikan di pelbagai laman sosial. Siti Nurhaliza yang dikatakan mempunyai peminat yang ramai yang dipanggil sebagai ‘Sitizoner’ itu melayan para peminat beliau dengan begitu baik dan melayan segala karenah yang melucukan pada hari tersebut. Namun satu peristiwa yang telah berlaku dan ini membuatkan peminat beliau malu walaupun perkara tersebut sangat melucukan jika ditonton klip tersebut berulang kali.

Acara yang berlangsung di majlis tersebut sungguh lumayan sekali apabila peminat dapat berduet bersama selebriti kesayangan mereka walaupun bertemakan raya. Seorang wanita yang dikatakan bernama Fira dapat merasai peluang berduet dengan Tokti dan membuatkan beliau mendapat perhatian ramai apabila nyanyian beliau ditegur oleh penyanyi No 1 tanah air itu. Ketika satu part chorus yang harus ditarik, beliau menarik suara terlalu awal sehinggakan Tokti menjelaskan bahawa lirik tersebut masih belum sampai dan ini membuatkan wanita itu terkejut lantas memeluk erat pinggang Siti kerana terlalu malu akan keadaan tersebut.

Rakaman penuh boleh ditonton di :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)


Pelbagai reaksi dan komen diberikan seperti :

@_xssyxkxfxndxx:Hahha tapi suara dia macam sedapp bila tarik tu

@Bella Park:alahaiiii skli ngn sy malu tp xpa jadi kenangan smpai bila2 ni

@paahmohamad:hahahhahahahahahhaha ni lawakkkk. takpe sis. yg penting kita kena konfiden.

@Ya_Seghedam:Bila Kau Cuba Menjadi Penyanyi No 1…auto jadi konten lucu

@Fadhil Zangetsuu:Bagus Dato siti x gelakkan pun. Humble betul. dia just senyum jer.

@Lisha Lathi:Td terjumpa yang “diciptakan seorang insan”, ni event apa ni? Kenapa lawak semuanya

@RiZaL Nana FiNa:dia ni 2 je..tak sabar atau gugup je .hahaha tpi apa pun terhibur kami semua menonton nya..tq kak.

@Sukasukabaca:Lama dia simpan tu nak show off high note kat tokti

Namun begitu, teguran yang dilakukan oleh Siti Nurhaliza itu tidaklah kasar dan ternampak jelas bahawa beliau cuba menyakat dan ingin berjenaka dengan para peminat beliau. Sifat rendah diri selebriti itu dipuji ramai di ruangan komen kerana beliau masih teruskan nyanyian bersama peminat beliau dan pelbagai karenah yang beliau harus layani dengan perasaan yang begitu gembira dan terharu. Semoga denga majlis yang telah dilakukan oleh beliau itu dapat membuatkan para peminat beliau lebih mengenali identiti beliau yang kini sebagai ibu kepada dua orang anak sekaligus sebagai penyanyi kesayangan mereka.

Jangan lupa komen yang baik baik

Sumber dari Tiktok dan Instagram

Previous article“Sukahati Je Mintak One More..”- Video Siti Nurhaliza Dikritik Dgn Influencer, Hentam Suka Amik Jalan Mudah
Next article“Sebab Dia Adik Sam..”- Punca Semangat Berlakon ‘7HM3’ Dgn Siti Saleha, Shukri Yahya Nampak Cerminan Artis Kegemaran
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here