Home Hiburan “Makin Pandai Berlakon, Makin Cantik..” – Peminat Tk Henti Puji Penampilan Siti...

“Makin Pandai Berlakon, Makin Cantik..” – Peminat Tk Henti Puji Penampilan Siti Nurhaliza Dlm Sepahtu Reunion Live

179
0

Semalam, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi tetamu undangan bagi program muzikal Sepahtu Reunion Live yang disiarkan di Astro Warna.

Sungguhpun jarang-jarang mengikuti program hiburan yang meli.batkan un.sur lakonan, namun, keha.diran Siti semalam telah menyo.rot perhatian orang ramai, khususnya peminat.

Menerusi ciapan-ciapan yang dikongsikan oleh pengguna Twitter, rata-rata memuji penampilan Siti yang polos dan comel.

Tidak kurang ada yang turut mengulas mengenai betapa bagusnya vokal penyanyi lagu Anta Permana itu melantunkan lagu-lagu secara langsung.

“Makin pandai belakon! Makin cantik! Suara makin sedap! Makin sayang to you queen love,” ungkap peminatnya teruja.

“Serius, suara Siti bercakap pun sedap… anugerah betul la…” ujar seorang pengguna Twitter

“Sesekali dapat tengok Siti Nurhaliza berlakon dekat #SepahtuReunionLive2022 best juga kan! Boleh tahan bakat lakonan Siti, kalau tak… dia dah berlakon dalam filem Magika jadi Puteri Gunung Tahan dulu kalau dia tak tolak offer, atau pun dah berlakon filem 3 Dara produksi Indonesia,” ulas seorang peminatnya pula.

Menerusi perkongsian di Instagram pula, Siti menjelaskan yang penglibatannya dalam rancangan berkenaan adalah sekadar suka-suka sahaja.

“Semalam di Sepahtu Reunion Live, 5 persalinan baju, macam nak buat konsert dah, bergegas ke belakang pentas, salin baju, tukar tudung. Nasib baik sempat, tak senget tudung.
“Suka-suka saja, saya taklah pandai berlakon. Terima kasih Jep, Pak Ya, Rahim dan seluruh team yang membantu,” tulisnya.

Untuk rekod, Siti pernah terlibat dalam pementasa P. Ramlee The Musical musim pertama. Menerusi teater arahan Adlin Aman Ramlie dan Zahim Bakri itu, Siti memegang watak Azizah.

Siti turut menyumbangkan suara dalam merakamkan lagu Mulanya Cinta, iaitu salah satu runut untuk pementasan tersebut.

Sumber: Gempak

Previous article“Ingat nak pergi nikah tadi..” (Video) Berbaju Melayu, Penampilan Sharnaaz Ahmad Jadi Bualan!
Next article“baru tahu rasa jadi bapa-bapa” – PU Riz G3lar Diri ‘Abah’ ,Doa Bilal jadi Anak Yang Soleh.
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here