Home Hiburan “Makhluk halus s0rok saya”- Remaja Ini Dedah Dekat Mana Dia Kena S0rok

“Makhluk halus s0rok saya”- Remaja Ini Dedah Dekat Mana Dia Kena S0rok

244
0

Remaja berusia 13 tahun yang hilang 30 jam dalam kejadian 12 Januari lalu sebelum ditemui selamat, percaya dirinya disorok m4khluk halus di sebatang pokok terap yang terletak kira-kira 40 meter dari rumahnya di Kampung Pasir Linggi di sini.

Susulan peristiwa tersebut, Muhammad Iznun Al Azim Mahadi, 13, berkata, selepas ini dia tidak lagi akan membuang air kecil di kawasan semak.

Cerita remaja itu, sepanjang hilang, dia tidak mengingati apa yang berlaku pada dirinya selain berasa hanya seperti tertidur selama satu jam dan ditemukan penduduk kampung.

Pelajar tingkatan satu hilang selepas kencing dalam semak

“Saya percaya makhluk halus sorok saya. Makhluk halus membawa saya ke kawasan pokok terap yang terletak berhampiran sungai,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Sejak kejadian itu, dia tidak lagi tinggal di kampung tersebut kerana berasa bimbang kena sorok lagi.

Sementara itu, bapa saudara Azim, Azizul Rahman Hamzah, 46, ketika dihubungi berkata, sejak dua hari lalu, Azim berada di bawah jagaan bapa kandungnya di Kampung Labok, Machang.

Katanya, mengikut nasihat pengamal perub4tan Islam yang membantu proses mencari baru-baru ini, makhluk halus di kawasan itu dipercayai ‘masih berminat’ dengan Azim.

“Azim dikatakan tidak boleh tinggal di rumahnya di Kampung Pasir Linggi di sini kerana bimbang diambil mahkhluk halus itu sekali lagi.

Demi keselamatan, buat sementara waktu ini dia akan tinggal bersama bapanya dan mungkin juga akan bersekolah di Machang selepas ini,” katanya.

Ibu Azim pula, Khairul Nisyab Hamzah, 45, berkata, dia bersyukur apabila anak bongsu daripada empat beradik itu semakin pulih semangatnya.

Katanya, selain meminta pertolongan pihak berkuasa dan orang kampung, dia turut menggunakan khidmat lapan orang pengamal perub4tan Islam bagi mengesan jejak anaknya.

“Kumpulan pengamal perub4tan mengatakan Azim berada di kawasan pokok terap itu dan pelbagai cara dilakukan termasuklah membaca al-Quran dan mengalunkan azan.

“Akhirnya, selepas pengamal perub4tan itu berunding dengan makhluk halus itu, tidak lama kemudian Azim ditemukan seorang penduduk di sebuah jambatan kira-kira dua kilometer dari rumah dalam keadaan lemah serta kebingungan,” katanya.

Kata Khairul Nisyab, mereka tinggal di kampung itu sejak 20 tahun dan ini kejadian pertama menimpa anaknya.

“Beberapa tahun lalu, terdapat seorang anak Orang Asli di kampung ini yang hilang disorok makhluk halus, namun berjaya ditemukan semula. Penduduk percaya kejadian orang hilang secara misteri dan dikembalikan dalam keadaan lemah kerana dipercayai menjadi laluan keramat alam ghaib,” katanya.

Tambahnya, pokok terap tumbuh di situ sebelum mereka sekeluarga tinggal di kawasan itu.

Katanya, mereka tidak menyangka pokok terap setinggi sembilan meter itu dihuni m4khluk halus.

makhluk halus sorok saya remaja ni beritahu dekat mana dia kena s0rok 61e6b636d7bc7

Sebelum ini, akhbar ini melaporkan, remaja lelaki yang dilaporkan hilang selepas membuang air kecil dalam semak berhampiran rumahnya ditemukan selamat di Kampung Pasir Linggi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, mangsa ditemui pukul 5.30 petang dalam keadaan lemah kira-kira dua kilometer dari rumahnya.

Sumber : UTUSAN ONLINE

Previous article“Inilah P0ndan Peng3cut Sebenar Dan Mahu S4man Netizen Bi4dab,”- Ryzal Ibrahim
Next articleTunggu Hari Melahirkan, Nama Pun Dah Ade. Neelofa Turut Mohon Sesuatu Dri Org Ramai…
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here