Makan Sahur Sempat Buat Hal, Kamal Adli Dan Uqasha Undang Tawa, “Laki Bini Crack”

Pasangan suami isteri dan juga pelakon, Kamal Adli dan Uqasha Senrose antara pasangan yang sering mencuri tumpuan ramai. Sama cantik dan padan, kedua-dua pelakon ini memiliki daya tarikan tersendiri. Apatah lagi mereka juga memiliki bakat lakonan yang tidak perlu dipertikaikan lagi.

Screenshot at Apr 12 14-22-09

Bagaimanapun, baru-baru ini satu rakaman yang memaparkan Kamal Adli dan Uqasha Senrose sedang makan sahur telah mengundang tawa warganet. Manakan tidak, dalam rakaman itu kedua-duanya sedang makan sahur sempat buat hal!

Kedengaran dan gaya Uqasha Senrose menyebut sahur sudah undang tawa warganet. Bila tiba giliran Kamal Adli pula bertambah bikin dekah! Berikut adalah perkongsian rakaman Kamal Adli dan Uqasha Senrose makan sahur sempat buat hal yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok:

Haru sungguhlah pasangan suami isteri ini. Memang ‘gila-gila’ perangai mereka ini membuatkan ramai tertawa. Perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 300 ribu tontonan dan 42 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Ha sudah. Pengaruh Kamal dah budak Uqasha ni”

Kamal Adli dan isteri buat hal4

“Dua2 perangai sama. Memang tak salah jodoh”

Kamal Adli dan isteri buat hal3

“Muka Kamal tak boleh tahan nak gelak”

Kamal Adli dan isteri buat hal2

“Kalau macam ni, ko bangun dengan bersemangat tetiber dengar alarm cam ni cair terus”

Kamal Adli dan isteri buat hal1

Sumber: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*