Hiburan

Mak Cik Bantu Beri Laluan Pada Ambulans Raih Perhatian

Bagi yang memiliki lesen memandu tentunya tahu peraturan jalan raya yang perlu dipatuhi seperti memberikan laluan kepada pihak berkuasa dalam situasi kecemasan. Baru-baru ini pula, gelagat seorang mak cik yang membantu pihak ambulans mendapat laluan meraih perhatian ramai.

Tindakan spontannya itu turut menarik perhatian apabila dia dilihat seperti seolah-olah sudah biasa melakukannya. Malah rata-rata netizen turut sama memberikan pujian kepada mak cik tersebut di atas bantuannya itu.

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seorang mak cik yang menunggang motorsikal membantu petugas ambulans di dalam situasi ini. Malah turut dapat dilihat, dia menggerakkan tangannya ke kiri kanan meminta pemandu lain memberikan laluan.

Dalam masa yang sama, petugas ambulans itu turut mengekorinya dari belakang dan melalui jalan yang telah diberikan. Apa yang menarik perhatian ialah kesemua pemandu di situ turut sama memberikan kerjasama melihat arahan yang diberikan mak cik tersebut.

Aksi spontannya ini turut meraih pujian ramai di mana netizen menganggap mungkin juga wanita itu pernah mempunyai pengalaman sebagai petugas trafik. Melihatkan pada gayanya ini, netizen turut memuji kegigihannya membantu.

“Aku dah cakap, jangan sampai perempuan yang suruh kau tepi.”

ambulans

“Kat rumah mesti selalu mengarah mak cik ni.”

mak cik

“Sah sah anggota pencen ni, tengok tangan tu ada gaya.”

komen

“Aku suspect mak cik bekas pengiring atau trafik cara dia handle fuhhh kalah marshal.”

tik tok

Sumber: HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *