“Saya terasa hiba dan menangis” luahan Norman Hakim buat ramai tersedu
KUALA LUMPUR WALAUPUN sudah berpisah sejak 13 tahun lalu, namun ukhuwah di antara Norman Hakim bersama bekas isteri, Abby Abadi tetap dijaga. Hubungan baik mereka itu dapat disaksikan sendiri apabila masing-masing saling berbalas komen mengusik di media sosial.
Menurut pelakon popular menerusi watak Inspektor Harris dalam Gerak Khas, kehidupan mereka menjadi perhatian anak-anak yang mengalami masalah keluarga.
“Di dalam kehidupan ini, kita akan merasai satu fasa yang mana keluarga dan anak-anak lebih penting. Hal itu yang saya utamakan.
“Sejak beberapa tahun lalu, saya selalu sahaja berkongsi mengenai kehidupan kami bersama di media sosial kerana mahu memperlihatkan meskipun sudah berpisah tetapi perhubungan baik itu perlu dijaga
“Impak daripada perkongsian itu, saya menerima banyak mesej yang meminta pandangan tentang ibu bapa mereka yang sudah bercerai.
“Bila saya baca luahan hati anak-anak tersebut, saya jadi hiba dan menangis kerana faham mengenai perasaan dan hati mereka,” ujar Norman sebak.
Muhasabah diri Terpukul dengan mesej yang sarat dengan masalah keluarga itu, Norman atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 43, pada pertengahan Mac lalu ketika mengerjakan umrah telah membacakan doa buat anak-anak berkenaan.
“Saya terima lebih kurang seribu mesej daripada anak-anak yang mempunyai masalah keluarga. Jadi pada awal tahun baru ini ketika saya mengerjakan umrah, saya telah bacakan doa dari mereka untuk ibu bapa masing-masing di hadapan Kaabah.
“Mereka hanya mahu melihat ibu bapa mereka berbaik dan jika boleh bersatu kembali.
“Perkara ini tidak mudah, sebab saya sendiri mengambil masa 10 tahun untuk mendapatkan kebahagiaan dan nikmat seperti ini. Apa yang penting sebenarnya ialah ibu bapa yang sudah berpisah ini muhasabah dan lihat pada kekurangan diri untuk kebaikan bersama.
“Saya anggap sebagai dakwah kecil untuk membantu anak-anak yang mengharapkan ibu bapa mereka berbaik semula. Bagaimanapun, saya hanya mampu sampaikan doa dan selebihnya pada ibu bapa itu sendiri,” katanya kepada Sinar Harian.
Untuk rekod, Norman dan Abby bercerai pada 2006. Menerusi perkahwinan tersebut, mereka memiliki tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisha Hakim, 11.
Lihat klip video di bawah:
Sumber: Youtube
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
[redirect url=’https://shope.ee/B03ZpiRcm’ sec=’5′]