Home Isu Semasa Lelaki memanjat pagar dan memasuki rumah, rupanya berniat baik

Lelaki memanjat pagar dan memasuki rumah, rupanya berniat baik

259
0

Tular di beberapa laman social apabila aksi seorang lelaki memanjat pagar jiran lalu memasuki rumah jirannya itu dirakam. Selain kemewahan dalam bentuk wang ringgit dan makanan, memiliki jiran yang baik juga merupakan satu bentuk rezeki.

Menerusi sebuah klip video di akaun Tiktok milik Littlemonster316 menunjukkan tindakan seorang lelaki yang dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di dalam kediamannya. Klip video tersebut menunjukkan perbuatan lelaki tersebut yang hanya mahu mengalihkan ampaian pakaian jirannya bagi mengelakkan pakaian jemuran tersebut daripada terkena hujan. Sebaik sahaja mengalihkan pakaian tersebut, lelaki itu memanjat semula pagar untuk kembali ke rumahnya. Video yang berdurasi 38 saat ini tular dan mendapat perhatian warganet.

Rata-rata netizen memuji tindakan lelaki tersebut yang bersikap prihatin terhadap jirannya. Ramai juga yang menyangka lelaki tersebut mahu mencuri sesuatu daripada rumah jirannya kerana tindakan memanjat pagar tersebut kelihatan mencurigakan. Ada juga yang berkongsikan pengalaman mereka berdepan dengan jiran yang tidak mempunyai sikap prihatin.

Klip video tersebut mendapat 500K tontonan, 300K sukaan dan 5K komen. Jangan lupa komen yang baik-baik.

Lihat klip video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @cepatberita

Lihat apa kata orang ramai:

@Vivieazlinashop: sampai ke sudah aku tengok ingatkan dia nak curi ke apa. rupanya nak alihkan kain sbb hujan. untung dpt jiran prihatin mcmni

@dayang538: salah satu rezeki yg allah bagi ni lah jiran yg baik semoga abg ni dibawah rahmat allah

@Yatt Jonit: rezki dpt jiran yg baik…semoga dimudahkan urusan

@Cumi Tree: pnh dpt jiran cmni.. sdr2 ampaian kt dlm da.. dia tlg.. pki pnyapu dr sblh eh

@parrismusenge: my mind was like so this is how car thieves looks like, but he just came to put clothes in the shade what a nice neighbour

@T: This could have gone either way, the owner might have pulled up immediately he landed & no one would believe his intentions:(

Sumber: Tiktok

Previous articleNak Kena Balut Dengan Toto Narita Agaknya, Siapa Je Tak Stress Kalau Asyik Pecah
Next articleSedih, sempat buat live sebelum kapal terbang terhempas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here