Home Isu Semasa “Lebih Baik Diam, Mula La Nak ‘Menunggang’…” – Rita Rudaini Bersuara Pasangan...

“Lebih Baik Diam, Mula La Nak ‘Menunggang’…” – Rita Rudaini Bersuara Pasangan Pempengaruh Kongsi Pengalaman Digari

119
0

Pelakon Rita Rudaini berpendapat pasangan pempengaruh tidak sepatutnya berkongsi pengalaman mereka ketika dalam tahanan SPRM selepas dibebaskan pada 16 Julai lalu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh aktres berusia 48 tahun itu di Insta-Storynya, dia berkata bahawa perkara tersebut bukanlah satu pengalaman yang perlu dihebahkan kepada orang lain dan cukup menjadi teladan untuk diri sendiri.

“Macam mana ye nak cakap, jangan jadikan benda itu normal kena gari…”

“Kalau saya dulu shooting kena gari dan kena masuk bilik akhir hukum gantung, saya boleh cakap ia adalah ‘satu pengalaman’ untuk saya rasa…”

“Takyah lah ulas, nanti ada yang tak boleh berfikir dan anggap benda kena gari, kena tangkap ini seronok nak dicuba sebagai ‘pengalaman’…”

Tambah ibu kepada dua anak itu lagi, segelintir individu cenderung untuk melakukan amalan baik secara tiba-tiba bagi menutup mata orang ramai berkaitan kesalahan yang pernah dilakukan sebelum ini.

“Kadang-kadang nak tutup malu dan salah, mula lah nak terangkan panjang-panjang…”

“Contoh yang tiba-tiba teringat nak buat doa selamat, tiba-tiba teringat nak berbakti kat anak yatim. Mungkin boleh nampak baik, suci dan murni. Mungkin?…”

“Mula lah ‘menunggang’ apa sahaja yang boleh ditunggang. Hati meronta-ronta nak buat siaran langsung, nak posting quote-quote suci dan macam-macam…”

Sementara itu, Rita sempat memberikan nasihat kepada pihak yang terlibat supaya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan bagi mengelakkan spekulasi lain tercetus.

“Benda tu semua nak sedapkan dan puas hati sendiri. Dik, memang susah kita nak puaskan hati orang dan tak perlu pun…”

“Jadi lebih baik diam supaya tak ada timbul isu-isu baru yang boleh buat orang marah, annoying, salah faham dan apa-apa sahajalah…”

Sebelum ini, Alif Teega dan isterinya, Aisyah Hijanah, telah direman mulai 11 Julai hingga 16 Julai 2024 bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM.

Pasangan suami isteri itu bersama dua individu lain diperintahkan membayar wang jaminan sebanyak RM100,000 setiap seorang dengan RM20,000 perlu dibayar secara tunai dan baki RM80,000 tanpa cagaran, masing-masing dengan seorang penjamin.

Selain itu, kesemua suspek juga diwajibkan hadir ke pejabat SPRM sebulan sekali untuk melaporkan diri dan sekiranya diperlukan oleh pihak SPRM sehingga siasatan selesai.

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleAngkara hutang RM7,000: Tiga lelaki didakwa bun*h, bakar myt Mohamed Afiq
Next articleKanak-Kanak Perempuan Berusia 6 Tahun Hilang Sejak Sabtu Ketika Sedang Bermain

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here