SEKTOR pelancongan yang lumpuh gara-gara pand3mik Cov1d-19 memberi kesan mendalam buat penduduk Langkawi.
Menurut Mohammad Hafiz Hassan, 27, dia yang bekerja sebagai ejen pelancongan bagaikan ‘terduduk’ selepas pulau peranginan di negeri Kedah itu sepi tanpa kehadiran pelancong sejak tahun lalu.
Enggan merungut akan nasib yang menimpa, dia bagaimanapun tampil dengan alternatif lain demi meneruskan kelangsungan hidup sepanjang tempoh serba mencabar itu.
“Keluarga saya dah lama terlibat dalam bidang pelancongan di Langkawi. Sejujurnya, memang teruk terjejas bila pand3mik Cov1d-19 melanda.
“Kita pun beremosi, rasa down. Tapi ada semangat untuk teruskan hidup. Abah dulu pemandu teksi pelancong, ketika itu dia kumpul duit dan beli sebuah bot.
View this post on Instagram
“Bila Langkawi sepi tanpa pelancong tahun lepas, saya dan abah jadi nelayan. Walaupun saya tak pandai, tapi saya tetap teruskan.
“Biasanya kami akan candat sontong. Ikan-ikan seperti jenahak dan siakap yang kami tangkap akan dijual di pasar,” ujarnya kepada mStar.
Hafiz sempat menjadi nelayan ketika pandemik melanda negara.
Mesra disapa Hafiz, dia bagaimapaun bersyukur apabila situasi semasa pandemik semakin pulih sehingga pulau peranginan itu kembali menerima kehadiran pelancong sejak September lalu.
Malah kata Hafiz, dia seronok melihat pulau legenda itu kembali ‘hidup’ sekaligus membuka peluang rezeki buat dia sekeluarga serta penduduk setempat yang lain.
Saya pun dah terbiasa dan anggap ia perkara normal. Saya juga anggap mereka bergurau saja.
HAFIZ
“Kita tak pernah jangka berlaku pand3mik. Minta-minta supaya ia tak berlaku lagi. Saya lega lihat keadaan makin pulih.
“Sekarang, booking masuk setiap hari. Kami dah mula sibuk, saya sangat gembira dengan keadaan ini,” ujar anak tunggal itu.
Dalam pada itu, perkongsian video Hafiz di TikTok turut membuka pintu rezeki apabila dia meraih pelanggan menerusi platform itu.
Hafiz tak kisah wajahnya menjadi perhatian ramai selepas tular di TikTok.
Pada masa sama, video Hafiz turut tular apabila dia digelar ‘lelaki berwajah wanita’ dan dikatakan mempunyai rupa persis kaum hawa.
“Mula-mula saya buat video santai-santai saja. Pada masa sama, saya kongsi pasal pekerjaan saya. Saya cerita yang saya ni orang Langkawi, buat content cakap utara.
“Tiba-tiba jadi vir4l, tarikan kat wajah saya. Ramai yang komen dan cakap wajah saya macam perempuan. Sebenarnya dari zaman belajar lagi orang selalu tegur mengenai wajah saya.
Bot nelayan milik bapanya.
“Saya pun dah terbiasa dan anggap ia perkara normal. Saya juga anggap mereka bergurau saja. Saya tak pernah berk3cil hati. Saya bersyukur kalau orang terhibur dengan video-video saya.
“Sejak itu juga, ramai yang mesej tanya pakej pelancongan dengan saya. Terima kasih atas sokongan semua,” ujarnya lagi.
Sehingga kini, Hafiz mempunyai lebih 36,000 pengikut di aplikasi TikTok.
Sumber:mStar