Menerusi satu klip yang dikongsikan di lamat Tiktok meraih lebih 4 juta tontonan itu menarik perhatian netizen apabila penyanyi asal lagu ‘Casablanca’ pernah dikecam hebat suatu ketika dahulu kerana suara yang dipersembahkan dalam sebuah rancangan tersebut tidak memuaskan hati penggemar. Nyanyian beliau yang mendapat pelbagai kritikan pada waktu membuktikan beliau pada hari ini dan memberi contoh kepada orang ramai untuk terus berusaha menggapai impian yang diinginkan,
Klip tersebut menarik perhatian netizen apabila nyanyian beliau dibandingkan pada nyanyian beliau pada awal beliau menjinakkan diri dalam industri nyanyian dan nyanyian beliau dalam lagu baru yang begitu hangat didengar oleh para netizen kini. Lagu ‘Casablanca’ mendapat perhatian dari seluruh masyarakat kerana elemen lagu tersebut yang mencampurkan bahasa arab dan bahasa melayu dianggap begitu unik sekali dan ramai tidak menyangkakan bahawa penyanyi tersebut merupakan Nuha Bahrin yang dulunya pernah dikritik hebat oleh para netizen.
Rakaman penuh boleh ditonton di :
View this post on Instagram
Pelbagai komen diberikan seperti :
@mekcha :HABISLAH NABILA RAZALI ADA PESAING LEPASNI
@Cbunga:nak dengar suara live.. sebab klu suda rakam sound mmg la perfect.
@NxRxZxIx:dia stage fright mungkin.. bukan senang nk kawal gemuruh time ats pentas nyanyi depan org live.
@susufullcream:tpi dri video² tiktok dia yg nyanyi bgus² smua
@Bebe:Bandingkan live dgn live lerrr hmmm
@sisturr:dh agak dh. slalunya kalau yg tgh hot viral mesti Akan throwback live yg dulu..tpi tu la, mcm sedih Lak suara mula2 tu huhuhu.xpe la
@Syazira._:Tapi suara dia nyanyi dalam kereta mmg sedap
@Sofi zuki:baru ja tgok nuha live kat big stage tdi sedap ja.. maybe dh lama2 dia pon improve dah la suara dia..
@Jajaaaaaaaaa:ade je suara dia takde music, sedap je. mgkn dia nervous and maybe dia jenis tak sesuai bwk lagu jenis tinggi cmtu
@cik aty:dia x blh bwk nada tinggi laa tu .nada santai ok je
@Elijah-LiYi:aku dngar live dia ,Allah.. lain nau,sama la laki tu pon..mcm pelik masa live tu
@sykrhadila:takpela atleast dia pandai nyanyi dari akuu
@Nars:kalau la btul dia ada stage fright sapa la yg ajar dia suruh pi ubah² lagu pi nada tinggi semua
@loverme.:mungkin dia pergi class vocal kan . yang first pun suara dia dgr dah sedap cuma macam ada gementar dekat atas stage tu.
@Baby_:bagi aku Okey suara dia kat Meletop tu..cuma dia nervous sebab ramai orang . baru nak up biasalah . artis otai Pon kadang ada yg terkucil masa nyanyi
@Crush:Yaa dia mmg tak sesuai high note.. tapi skrng sesuailah sbb lagu santai2
Usaha Nuha Bahrin dalam terus mempelajari dan mengusai bidang nyanyian membuahkan hasil apabila beliau kini memperoleh peminat yang begitu ramai setelah lagu ‘Casablanca’ medapat pelbagai pujian sehingga beliau dapat ditemubual dalam rancangan yang terkenal di tanah air iaitu Meletop. Apa apa pun para peminat mendoakan yang terbaik buat Nuha Bahrin dan pasangan duetnya dan semoga Nuha Bahrin dapat terus berkarya dengan lagu unik sebegini di waktu yang akan datang..