Home Hiburan “Kuat Btl Iman Abang Jebat…” -Babak Lakonan Drama ‘Bukan Kerana Aku Tak...

“Kuat Btl Iman Abang Jebat…” -Babak Lakonan Drama ‘Bukan Kerana Aku Tak Cinta’ Dapat Kecaman Dri Netizen

233
0

Bukan Kerana Aku Tak Cinta merupakan sebuah drama televisyen sarat dengan konflik menyentuh perasaan. Drama ini ialah adaptasi daripada sebuah novel dengan berjudul yang sama karya E-man Sufi, terbitan Pena Creative Sdn Bhd telah ditayangkan pada tahun 2013. Dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose sebagai watak utama. Mengisahkan tentang seorang lelaki berdarah campuran Melayu-Cina berhijrah selepas melakukan banyak kejahatan. Ketika berhijrah, tidak pernah terlintas di hatinya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya hingga beliau berjumpa dengan Mastura.

Sharnaaz Ahmad dilahirkan pada 30 Ogos tahun 1985 berasal dari George Town, Pulau Pinang. Beliau merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia dan menceburkan diri dalam dunia lakonan sejak tahun 2009 menerusi watak pembantu dalam drama bersiri Tari Tirana arahan pengarah Shahrulezad Mohammedin sebelum diberi watak yang lebih besar dalam drama bersiri komedi K.I.T.A dan Dottie pada tahun 2010. Di dalam drama ini beliau memegang watak sebagai Jebat, seorang bekas ketua gengster dan berhijrah untuk melupakan kisah silamnya.

Nelydia Senrose dilahirkan pada 30 Julai tahun 1994 berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Beliau seorang pelakon dan model wanita Malaysia dan adik kepada Uqasha Senrose, yang juga seorang pelakon. Memulakan bidang lakonan sejak tahun 2007 dan dikenali beberapa drama televisyen menerusi drama Setia Hujung Nyawa(2012) sebagai Ersalina. Dalam drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta, beliau memegang watak sebagai Mastura yang jatuh cinta dan tergila-gilakan seorang lelaki bernama Jebat.

Lihat klip durasi pendek drama ‘Bukan Kerana Aku Tak Cinta’:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@..:nak ikutkan sama je dengan kes zul ariffin, tapi semua buat tak nampak sebab pakaian

@l4nn._:naya adu tapi kan lakonan ni mcm ad yg xkena

@FCㅤメEMANᴹᵞ/ᴵᴰ:Dulu okay je nonton best sgttt, tpi skrgg org pndg lain..Dah2 smuaa tuu msa laluuu

@Iza Diza:dia bertanggungjawab bukan laki tu

@Puspa Wangi:Best tegok cite ni dulu2 kn lakonan dia org mmg mntap..lh.. suka tegok dia org belakon sama..

Mendapat kecaman juga dari netizen, mengatakan babak itu tidak sepatutnya berlaku dengan aksi duduk diatas riba. Seperti kita tahu, tidak semua penonton boleh terima babak yang sebegini rupa. Min harap semua doakan yang baik-baik sahaja. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 2.1M penonton, 178.0K sukaan dan 1662 komen.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Daebakingz, Wikipedia dan Tiktok

Previous article‘Masyaallah…’ – Uqasha Teruja Kali Pertama Tengok Bola Dengan Suami
Next article“Mereka Cuba Buktikan..” – Rakaman Peguam Siti Bainun Menari, Namun Lain Pula Respon Org Ramai
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here