Home Hiburan Kru Produksi GV8 Dedah Rutin Aliff Aziz Imamkan Solat Jemaah – “Juara...

Kru Produksi GV8 Dedah Rutin Aliff Aziz Imamkan Solat Jemaah – “Juara Di Dunia & Akhirat Insyallah..”

156
0

Dalam meraikan kemenangan menjadi juara Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) yang berlangsung pada Ahad lalu, ada wargamaya yang mended4hkan aktiviti Aliff di luar pentas yang menarik perhatian ramai.

Menerusi platform TikTok, seorang pengguna yang juga merupakan kru produksi program realiti nyanyian itu berkongsi video Aliff mengimamkan solat secara berjemaah dimana terdapat beberapa makmum di belakangnya.

“Pak imam kita juara GV8. Rutin sang juara, congratulation Aliff dan Bella,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Pada perkongsian berdurasi 16 saat itu memaparkan penyanyi kelahiran Singapura itu mengimamkan solat jemaah bersama tiga orang lelaki dan seorang wanita di dalam sebuah bilik bersiap di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Sementara itu meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya meninggalkan komen positif apabila melihat Aliff tidak lupa menunaikan kewajipan walaupun sibuk dengan jadual pertandingan.

Bukan sahaja itu, ramai yang suka melihat perubahan pelantun lagu Jangan Ganggu Pacarku itu ke arah yang lebih baik setelah berdepan pelbagai kontroversi dan cabaran hidup.

@amien69:Alhamdullillah… kadangkala pendosa lebih tinggi di sisi Allah disebabkan taubatnya dengan takut Allah tidak terima taubatnya.”

@scorpio_biru:Aku suke perjalanan hidup dia. Allah beri dia ujian demi ujian..jatuh.. bangun, jatuh lagi. Menghilang..timbul balik.. dengan ilmu and be a new person.”

@Sang Air Mata:Kemenangan itu ada 2 maksud.. Satu hadiah dari Allah.. satu untuk mnguji adakah benar dia berubah dan istiqomah..moga dia istiqomah.”

@ShilaNordin:Sang juara di dunia dan insyallah Akhirat .. Setia nya Bella ni tak semua orang mampu buat. Allah terharu betui.”

@m.zul81:Allahhuakbar, sampai waktu tunai dulu yang wajib… 1000 keberkatan Allah bagi pada hamba-hambanya.”

@NY:Tuhan uji dia dulu dgn bella adalah untuk jadikan dia sekarang yang lebih baik. Terbaik Aliff & Bella.”

@Idayu Yusof:Tak pernah suka tapi asbab GV ni, terus jadi suka dahla encem! semoga bahagia selalu bersama isteri tercinta.”

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 900,000 tontonan daripada warga TikTok.

Sumber: Gempak

Previous article“Doa selamat utk ank solehah” – Kek & Kasut Pink, Netizen Teruja Ernie Zakri & Syamel Bakal Sambut Baby Girl
Next articleVida Nak Cari Hero Berlakon Klip Video, Sharnaaz Pula Tawar Diri – “Jangan Sampai Aku Try”
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here