Mohd. Yazid Lim Bin Mohamad Aziz atau lebih dikenali sebagai Johan merupakan seorang pelawak, pelakon dan pengacara Malaysia. Beliau dilahirkan pada 13 Jun tahun 1984, berasal dari Ampang, Selangor. Beliau mempunyai darah kacukan Cina di sebelah ibu dan Melayu di sebelah bapanya. Bakatnya diwarisi daripada bapa saudaranya, pelawak lagenda Salih Yaacob. Johan juga merupakan peserta Maharaja Lawak bergandingan bersama Zizan yang membentuk gandingan Jozan dan dinobatkan sebagai naib juara.
Johan berkahwin dengan juga seorang pelakon, pengacara dan pengurus beliau sendiri iaitu Ozlynn Wati. Pasangan ini dikurniakan 6 orang anak iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq, Moleiq dan Cherdiq. Dalam klip durasi pendek ini menunjukkan di mana Johan melayan kerenah peminat Sabah di Perlawanan Liga Super 2022 bola sepak Sabah FC bertentangan dengan Johor Darul Ta’zim di Stadium Likas. Namun reaksi beliau membuatkan orang ramai terhibur dengan gelagatnya yang secara spontan dan selamba.
Lihat klip durasi pendek reaksi Johan:
View this post on Instagram
Lihat apa juga kata orang ramai:
@Asw4nL3yyyy:Aku baru tahu c Johan ni fans Sabah atau dia baru jak minat Sabah ni
@KamuAh:Sana sini rakam c johan seja balik2 hahaha bukan meningu bola
@Syeera Nabell:Klw dia ad kt situ aku xjd tdgk bola weyy.. aku tgk dia buat lawak jerr
@bowforus:datang tengok bola? tak. datang tengok johan buat lawakkl
@fazli fazra:terbaik lah johan pun pergi Sabah siap pakai baju Sabah
@wonder pets:sampai juga dia di sabah arhh astagaa lucu baa perangai dia ahahahaha
@PiggyBunny:mcm slh tempat dia duduk nie, paling semangattt
@CEO OF FYP:Dia dtg sabah pakai baju sabah tp dlm masa yg sama dia tetap sokong negeri dia jgk .. 50-50 gitu….. mantap la johan
@TriStOpp dE cHeRoo:sebaris dgan johan tu anak2 bung… untung dekat dgan johan, tak stress tgok bola
@Abdul Haziq:jangan cakap tiket seat away da abis laa kena berlakon jadi fans sabah sebab nak tengok bola
Netizen turut memberi kata-kata yang positif diruangan komen, mengatakan terhibur dengan gelagat beliau yang secara spontan dan selamba. Oleh itu, ramai berbangga dengannya yang ramah bersama orang ramai. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 396.4K penonton, 33.0K sukaan dan 236 komen.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Daebakingz dan Tiktok