Selepas kece.wa tak dapat kahwin dengan DS Vida, Iqbal Zulkefli dah jumpa kekasih baharu.
Katanya artis yang baru nak naik dari negara seberang, Indah Nevertari.
Iqbal menyatakan hubungan mereka mula akrab sejak dua minggu lepas dan selesa berkawan dengan juara program realiti nyanyian Rising Star Indonesia musim pertama itu.
Foto: IG
“Kami sekarang sedang kawan-kawan, boleh dikatakan kawan rapat. Kami bertemu di sebuah studio rakaman di Jakarta. Selepas saya post foto dan video bersama di Instagram memang ramai yang mesej mendoakan agar hubungan kami ini ke fasa seterusnya.
“Tapi buat masa ini saya belum bersedia lagi sebab saya lebih selesa berkawan dahulu, tak naklah baru kenal terus ajak bercinta, saya pun dah beritahu awal-awal mahu bersahabat dahulu supaya tak nampak macam bagi harapan.
“Tak perlu la nak tergesa-gesa tentang cinta sebab saya percaya soal jodoh sama ada cepat atau lambat pasti akan tiba juga… buat masa ini saya sangat selesa berkawan dengan Indah di sini,” katanya kepada mStar.
View this post on Instagram
Di Instagram, Indah ada memuat naik gambar bersama Iqbal. Dia bersyukur dipertemukan dengannya kerana memahami penjuangannya dalam industri seni.
“Syukur Alhamdulillah Allah pertemukan Innev (nama panggilan Indah) dengan seseorang yang sangat baik, rendah diri dan memahami setiap perjuanganku.
“Aku berjanji akan selalu membuatkmu gembira. Terima kasih kamu yang tampan Iqbal,” tulisnya.
View this post on Instagram
Sementara itu Iqbal kata dia mahu mengenali Indah kerana sikapnya.
“Banyak perkara mengenai Indah yang buatkan saya suka antaranya dia sangat menjaga solat. Kalau kami keluar ke mana-mana, dia akan ingatkan dan kami solat bersama-sama.
View this post on Instagram
“Dia juga boleh menerima teguran, sentiasa terbuka dengan sebarang pendapat… Indah juga bukan orang yang materialistik atau memandang harta benda.
“Baru-baru ini saya nak belikan dia barangan berjenama mewah jenama Louis Vuitton dan Dior tapi semuanya dia tolak. Dia berkeras tak mahu.”
Semoga berjodohan ya, tak sabar nak tengok Iqbal kahwin. Tak gitu? -CARI
Sumber: mStar, Cari