Baru sahaja semalam kita dikejutkan dengan cerita hangat di mana marketing yang dibuat oleh seorang peniaga pakaian telah menyebabkan keadaan sebuah premis perniagaan menjadi huru hara. Kejadian dikatakan berlaku di Starvillion. Dikhabarkan peniaga pakaian tersebut yang bernama Uciluna membuat jualan pakaiannya yang bernilai RM 1. Keadaan bertambah huru hara apabila segerombolan rakyat Malaysia datang ke situ dan menyebabkan keadaan di situ menjadi sangat huru hara sehingga polis terpaksa datang ke tempat tersebut.
Menerusi video yang dikongsi oleh orang ramai, dapat dilihat keadaan yang sangat sesak sehinggakan berlakunya tolak menolak malah dapat dilihat juga budak kecil yang jatuh di situ. Situasi tersebut telah menarik perhatian netizen dan rata-rata mengatakan situasi tersebut amat berbahaya kerana terdapat ibu mengandung di situ dan juga budak-budak yang masih kecil.
“Marketing otak kat lutut. Nak bg orang nampak mcm kedai dia org serbu… Last2 jadi mcmni”
“Padan muka buat lagi cheap marketing. Sekali terus rugi suara sedu sedan kononnya tak faham kenapa macam ni sekali. Nak kena lukis baru dia faham mana silap dia”
“Meniaga tak berkat macam ni… lelaki perempuan berhimpit2”
“Ya Allah, ibu mengandung, yang bawak baby tu kenapa g tempat mcm ni..lepastu yang pergi sini kenapa tiba2 jadi tak bertamadun? akal hilang tiba2 ke?”
Baca juga : “Thank You Bagi Marketing Dekat Shawarma”- Gadis ‘T20’ Explain Tentang Isu Panas
Baca juga : “Jgn Salah Guna Bakat..”- Buat ‘Marketing Murahan’ Di Tiktok, Aaron Aziz Dihentam Minta Pakai Otak Sebelum Sketsa
Lihat cerita penuh di twitter :
Makan berlebihan.
Hiburan berlebihan.
Berebu baju raya siap mencuri.
Ramadan apa yang kita cari ni sebenarnya? pic.twitter.com/PmFJgZXCAD
— Khairul Azri (@mkhairulazri) April 2, 2023
Lihat juga komen netizen :
@Rainism08 : Teruk betul orang melayu. Macam raya kali ni baru lepas kene kurung dek covid.
@sekerolltwitt : Risau jadi kejadian mcm di korea tu. Terlalu ramai sesak. Sedih tgk muslim mcm ni.
@KucarWokyoh : Mujur takde yang meninggal tapi tulah murah punya pasal sanggup redah masuk gitu jer. Yang jatuh kena himpit, kena hempap, bergesel punggung, tetek dan kote semua berlaku serentak dalam kejadian ini. Kat bazar elok jer korg beratur beli makanan kan.
@AzimAmirulBill : Benda simple je patut management dah buat line siap2 ambik 10-20 rela jaga. Benda dah jadi mcm nie baru meroyan cheap marketing
@htrsyblqs : Tak faham kelahap sangat nak baju raya rm1 sampai merusuh. Padahal kat luar banyak je baju yg murah2. Kalau tak ada duit sangat pakai lah baju raya yg tahun sebelum2 ni.
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : Twitter