Hiburan

Karisma Dan Kareena Kapoor Masa Kecil, “Cantik Dari Kecil”

Dua beradik yang juga pelakon popular Bollywood dikenali sebagai Karisma dan Kareena Kapoor ini mempunyai bakat dan peminat mereka tersendiri. Malah hingga kini biarpun usia mereka sudah meningkat, masih ada peminat kedua pelakon ini yang mengikuti perkembangan mereka.

Karisma dan Kareena Kapoor

Siapa sangka kedua pelakon jelita ini memiliki paras rupa cantik dan bakat lakonan dari ibu dan bapa mereka. Malah baru-baru ini seorang pengguna TikTok dengan nama akaun binafshasweet berkongsikan satu video tentang Karisma dan kareena Kapoor.

Dalam perkongsian tersebut kelihatan beberapa foto kedua pelakon jelita ini masa di zaman kanak-kanak mereka. Malah turut ada gambar bersama orang tua mereka. Berikut adalah perkongsian rakaman himpunan foto kedua-dua pelakon ini:

 

Dari kecil lagi sudah nampak comel dan jelas terserlah aura seorang bintang! Apa-apa pun perkongsian himpunan foto ini telah meraih lebih 300 ribu tontonan dan 10 ribu likes. Rata-rata warganet teruja menyaksikan rakaman ini dan memuji kedua-dua bintang bollywood ini. Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Adik dan kakak wajah yang tak mirip tapi sama2 cantik”

Karisma dan kareena Kapoor 4

“Muka Karena Kapoor sebiji muka pelakon budak bhajranggi baijan tu”

Karisma dan kareena Kapoor 3

“Memang kakak dia lawa dari kecik”

Karisma dan kareena Kapoor 2

“Nampak lain Kareena masa kecil”

Karisma dan kareena Kapoor 1

Sumber: hcl

Leave a Reply

Your email address will not be published.