Home Hiburan “Kamu berduit, tpi tidak..” (Video) Ke 2 Iqbal Di BigStage, Sekali Ini...

“Kamu berduit, tpi tidak..” (Video) Ke 2 Iqbal Di BigStage, Sekali Ini Komen Padu Ajai

134
0

JIKA minggu pertama Big Stage 2022 menyaksikan Ajai memberikan hanya lima markah kepada Ahmad Iqbal Zulkefli, kali ini komposer berkenaan kekal memberi isyarat bahawa usahawan berkenaan tidak layak berada di pentas Big Stage 2022.

Pada minggu kedua, Iqbal, 28, terpaksa berpuas hati apabila Ajai memberikan hanya empat markah kepadanya.

Menurut Ajai, nyanyian Iqbal kedengaran berterabur selain usahawan kontroversi itu sememangnya tidak dikurniakan bakat sebagai seorang penyanyi.

“Kamu tak berbakat dalam nyanyian. Bakat ini adalah pemberian… straight to the point. Walaupun berduit, tapi bakat tak boleh beli dengan duit. Allah yang kurniakan.

“Awak tak dilahirkan sebagai penyanyi… ada rezeki lain. Allah maha adil, dia berikan rezeki lain-lain. Mula-mula saya beri lima tapi nyanyian belakang terabur. Awak pun tahu, tempo terabur.

“Berduit macam mana sekali pun, bakat tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.”

Itu komen pedas yang dilon.tarkan juri tetap program Big Stage musim keempat (BS4), Ajai terhadap persembahan usahawan selebriti kontro.versi, Ahmad Iqbal Zulkefli.

Saya tak suka benda ini jadi bahan lawak. Awak perlu jaga maruah

AJAI

KOMPOSER & JURI TETAP BIG STAGE 2022

“Dalam nyanyian bukan tiga hari belajar terus pandai. Ada orang bertahun belajar untuk dapat ilmu. Kepentingan dekat sini, bakat dulu. Saya tak suka benda ini jadi bahan lawak. Awak perlu jaga maruah,” katanya.

Selain empat markah daripada Ajai, Iqbal yang menyanyikan lagu Ketahuan menerima markah 20 peratus daripada juri tetap Datuk Seri Siti Nurhaliza dan penyanyi Aina Abdul selaku juri undangan memberi markah 10 peratus.

Sejak diumumkan sebagai salah seorang peserta Big Stage musim keempat yang memulakan siaran pada 6 Februari lalu, Iqbal menerima kecaman ramai yang mempertikaikan kelayakkannya.

iqbal bs2

Iqbal membawa lagu Ketahuan pada konsert BS22 minggu kedua.

Lebih memalukan apabila dia menerima lima markah daripada Ajai selaku juri tetap selain Datuk Seri Siti Nurhaliza pada mulanya keliru untuk menilai persembahan Iqbal menerusi lagu Broery Marantika, Biar Bulan Bicara Sendiri.

Iqbal diberi markah paling rendah iaitu 28.8 peratus namun tiada penyingkiran pada malam tersebut.

Menerusi temu bual bersama mStar, Iqbal Zulkefli mencabar barisan juri agar menyingkirkannya pada konsert minggu kedua konsert Big Stage 2021z

Mengakui tidak mempunyai latar belakang dalam bidang muzik, Iqbal, 28, menyerahkan nasibnya kepada juri profesional untuk menentukan kedudukan dalam pertandingan nyanyian berkenaan.

Selain Iqbal, Big Stage 2022 turut disertai Tegar Septian, Elica Paujin, Lia Aziz, Soaa Marieylla, Ajoi Zainal, Tuah Adzmi, Syaq Abdillah, Megat Rahim, Daniel Chuer, Aishah Retno dan Yazmin Aziz.

VIDEO :

Sumber : mStar

Previous article“Tuan rumah pun..” Selepas Trpaksa Kluar Rumah Sewa. Skali Luahan Bapa Adam Undang Sebak
Next article“Penantian Dua Tahun Akhirnya..” Dikatakan M4ndul Akhirnya Bella Isteri Alief Irfan Kini Hamil Anak Pertama
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here