Home Hiburan “Kalau terjun ni mati…” – Penunggang motorsikal mahu terjun flyover apabila dikejar polis

“Kalau terjun ni mati…” – Penunggang motorsikal mahu terjun flyover apabila dikejar polis

131
0

Kejadian di kejar-mengejar di Tangkak antara polis trafik dan seorang penunggang motorsikal telah menghiburkan netizen.

Menerusi satu klip video di akaun Tiktok milik remyroslee menunjukkan penunggang motorsikal tersebut yang berlari dan ingin melompat bahu jalan di atas ‘flyover’. Setelah beliau sedar bahawa di bawah bukannya merupakan sungai tetapi merupakan lebuhraya, penunggang motorsikal tersebut telah mengundur diri mematikan niat beliau untuk melompat bahu jalan tersebut. Gelagat penunggang motorsikal yang berlari dari dikejar polis itu telah membuat hati netizen terhibur.

Rata-rata netizen mengatakan bahawa mungkin beliau baru sedar bahawa beliau di atas flyover. Ramai juga yang mengatakan bahawa ini adalah pertama kali mereka melihat kejadian kelakar di antara polis dan pembuat masalah. Ada juga yang mengatakan rakyat Malaysia ini ramai pelawak.

Klip video tersebut mendapat sambutan hangat dan mempunyai sebanyak 400K tontonan, 15K sukaan dan 200 komen. Jangan lupa komen yang baik-baik.

Lihat klip video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @cepatberita

Lihat apa kata orang ramai:

@JEPP..: hahah yang dia panjat tu knp, xkn xingt ats flyover

@Extra_Joss_Anggur_Susu: pikir nk terjun..tp tgk tinggi sgt terus x jd

@alongvx941: klau dia tejun. naya polis yg kejar dia tu. kt dunia kena jawab, kt atas kena jwab.. itupn klau dia x buat slah

@BudakNerd.: Ni kalau lompat , bukan aku jer lepas , ngan nyawa” sekali lepas

@reezal_76: tinggilah pulàk.. eh macam ni .. eh..eh
ah tangkap.. ah tangkap..Alamak abam polis ajak marathon lak ah masuk… masuk…

@the silence: hahaha polis tu terus stop nak kejar time dye lari sebelah sana lak,Bab taknak jadi punca laki tu terjun

@kalllll.__: Haha ada kelakar jugak nak lari punya pasai sampaikan terjun tak jadi

Sumber: Tiktok

Previous article“Single Pun Bahagia Je Kan..” – Farahdhiya Lebih Selesa Hidup Bujang?
Next article“Penat-Penat Aku Kerja..” – Daiyan Trisha Kecewa Dituduh Dibela ‘Sugar Daddy’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here