Home Hiburan “Kalau Tak Buat Benda Pelik, Bukan Janna..” – Sedap, Gebu, Sejuk, Janna...

“Kalau Tak Buat Benda Pelik, Bukan Janna..” – Sedap, Gebu, Sejuk, Janna Nick Makan Salji!

125
0

Pelakon cantik Janna Nick mencuri tumpuan ramai apabila memaklumkan dirinya sudah lama mengidam mahu mencuba makan salji dan berpeluang menikmatinnya di luar negara.

Menerusi laman sosial Instagram, Janna atau nama lengkapnya Nurul Jannah Muner, 26, berkongsi video menikmati segenggam salji bersama madu untuk tatapan umum.

“Sedap eh snow ni. Serius. Gebu dan sejuk dia tak macam ais dalam peti ais tu. Lepas ni kena bawa mangkuk, susu, sirap, kacang, gula merah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Pada perkongsian berdurasi 40 saat itu, Janna yang berada di luar negara mengunyah segenggam salji di pergunungan yang paling tinggi di kawasan itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Makan bersama madu, pelakon filem Kimchi Untuk Awak itu terbaring keriangan setelah salji yang dimakan berasa sedap, gebu dan sejuk.

Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya terhibur melihat Janna ‘buat hal’ di negara orang.

Tidak kurang juga ada yang sudah lama mempunyai keinginan yang sama untuk merasa dan mencuba makan salji.

“Balik cepat Janna, risau pulak macam-macam yang aneh-aneh dia try kat sana tu,” usik seorang wargamaya.

“Weh sama la kalau ada rezeki pergi tempat snow pun nak makan snow. Memang teringin,” kata seorang wargamaya.

“Ahh ghisau kita lagi lama duk sana pelik-pelik kejadian nanti,” komen seorang wargamaya.

“Kalau tak buat benda pelik, bukan Janna la namanya,” tulis seorang wargamaya.

“Weh jangan makan direct sebab atas salji sebab selalunya tercemar dan kadang kadang ada spora. Bear Grylls tu pun sapu layer atas dulu baru ambik salji yang paling bawah,” tegur seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 230,000 tontonan daripada wargamaya.

Sumber: Gempak

Previous articleEwahh Bunga Silat! Pengantin Perempuan Terkedu Disuruh Bersilat Di Majlis Kahwin Sendiri Raih Perhatian
Next article“Semaaaangaaaatttt!!!”- Gelagat Tokti Tirv G4ya Bonda Hetty Buat R4mai Terhibur
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here