Home Hiburan “Kalau Anak Terkena ‘Ain, Mak-Mak Yang Pening Kepala Nanti..” – Neelofa

“Kalau Anak Terkena ‘Ain, Mak-Mak Yang Pening Kepala Nanti..” – Neelofa

182
0

Selebriti popular Neelofa mempunyai alasan yang kukuh untuk belum mempamerkan wajahnya pada khalayak umum kerana dia sendiri belum cukup ilmu untuk melindungi anaknya daripada peny4kit ‘Ain (gangguan disebabkan pandangan).

Menurut Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Nor, 33, tumpuan orang ramai lebih terarah pada mereka berdua memandangkan kedua-duanya merupakan seorang figura dalam industri seni tanah air.

“Saya dari dunia seni dan ayah Bilal juga terlibat dalam dunia yang sama walaupun arahnya berbeza. Mungkin fokus orang nak tengok tu lebih.

“Kita cuba nak elakkan ‘Ain sebab kita tak tahu. Saya sendiri pun tak kuat untuk buat amalan-amalan untuk melindungi anak kami.

“Katakanlah peny4kit ‘Ain terkena pada budak-budak, mak-mak mereka yang p3ning kepala nak menjaga nanti. Jadi kami pun ambil langkah yang selamat untuk menghindari perkara tersebut,” jelasnya ketika ditemubual.

Neelofa ditemui pada majlis Mushaf Musolla dan Mushaf Mufiq edisi khas pertubuhan Kasih Neelofa yang diadakan di Kompleks Kesenian Islamik Antarabangsa Selangor, Shah Alam sebentar tadi.

Tambah wanita yang turut bergelar ahli perniagaan itu lagi, dia agak tertekan apabila menerima banyak DM (direct messege) daripada pengikut yang mahu melihat wajah anaknya.

“Untuk mereka yang tidak ada dalam industri seni ni, tak terlibat dengan dunia hiburan, mungkin lebih senang. Perhatian orang pada mereka ni tidak sebesar ini.

“Saya dapat DM hari-hari yang kata nak tengok, nak tengok, saya pun jadi stress.

“Saya pun tak boleh nak cakap apa sekarang tapi dengan dunia sekarang, kita ada media sosial, tapi nak confirmkan yang saya tak akan kongsi wajah Bilal tu, tak jugak.

“Cuma buat masa sekarang, saya tak letak anak saya untuk tatapan umum lah. Saya rasa itu yang terbaik buat masa sekarang,” ujarnya lagi.

Sekadar info, Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris atau PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac, tahun lalu.

Pasangan itu selamat menimang cahaya mata pertama yang diberi nama Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022.

Sumber: Gempak

Previous article“Dia buat dah hahaha..” (Video) Janna Nick nyanyi live. Sekali Ain Edruce kacau tarik perhatian
Next article“Sarat Emosi Duka Lara Yang Dialami Saya,” – Vida Cerita Di Balik Proses Buat Lagu, Shooting 5 Hari Untuk MV Bernilai RM400,000
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here