Home Hiburan “Jiwa Rock Masuk Balada, Salah Rumah Lah” – Tok Ram Dedah Punca...

“Jiwa Rock Masuk Balada, Salah Rumah Lah” – Tok Ram Dedah Punca Sebenar ‘Kekalahan’ Aweera

247
0

Juara di separuh akhir, nombor enam di final! Kedudukan bintang Gegar Vaganza lapan (GV8) Aweera malam semalam mencetuskan 1,001 persoalan terutama dalam kalangan peminatnya.

Menerusi platform media sosial, ramai yang tidak henti meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan kedudukan keenam Aweera.

Malah, kebanyakan mereka mempertikaikan keputusan daripada pihak juri.

Menjawab segala persoalan tersebut, Maestro muzik terkenal Datuk Ramli MS atau lebih dikenali Tok Ram berkata, kekalahan Aweera sebenarnya banyak berpunca daripada pemilihan lagu.

“Nombor satu pemilihan lagu salah. Lagu duet tu lagu perempuan.

“Kalau pada saya if lagu untuk minggu berikutnya keluar, saya tak tahu dan bila dah keluar dah tak boleh buat apa-apa.

“Jadi bila rakan duet perempuan akan ada masalah besar range, sebab lagu tu lagu perempuan, kalau dia nyanyi dengan lelaki ok.

“That song bukan dia execute very well,” katanya.

Tambahnya, persembahan solo dan pusingan ‘battle’ Aweera juga agak kurang memuaskan.

“Dengan jiwa rock masuk dalam balad, salah rumah la pada saya.

“Lagu Beggin so so. Rap pula, other people better than him,” katanya selaku ketua juri.

Untuk rekod, pada konsert final semalam Aweera membawakan lagu membawakan lagu Beggin’ (The Four Seasons) secara solo.

Untuk segmen duet Aweera akan bergandingan dengan Liza Hanim untuk menyanyikan lagu Sepi (Aina Abdul).

Menerusi persembahan tersebut, Aweera meraih markah sebanyak 63.9 peratus dan berada di kedudukan terakhir.

Dalam perkembangan lain, Aliff Aziz, 31, menewaskan lima peserta lain menerusi mempersembahkan lagu Sampai Syurga secara solo dan lagu Dealova duet bersama Hafiz Suip.

Manakala segmen battle, Aliff berentap bersama Aweera menerusi lagu Bangun (Aman Ra).

Kemenangan itu melayakkannya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro.

Penyanyi Nikki Palikat selaku naib juara menerima hadiah kemenangan berupa wang tunai RM50,000 beserta sebuah trofi manakala tempat ketiga pula milik Suki Low membawa pulang RM30,000.

Sumber: gempak

Previous articleAliff Aziz Juara GV8, Ini Hadiah Yg Dibawa Pulang. Sekali Reaksi Bella Jadi Perhatian!
Next articleJangan Pandang Belakang & Terus Ke Hadapan, Aaron Aziz Titip Pesanan Buat Aliff Aziz
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here