Menerusi satu klip ynag menjadi tohmahan para netizen di akaun Tiktok milik soeang ‘influencer’ yang dikenali sebagai Puteri Sari berkongsikan satu pertelingkahan beliau dengan seorang ‘founder’ berkenaan isu duit palsu diberikan sebagai bayaran setelah ‘review’ produk milik pengasas produk tersebut. Perkongsian tersebut meraih lebih dari 8 Juta tontonan di akaun Tiktok milik influencer tersebut. Ramai yang menyatakan bahawa mereka merupakan sahabat yang akrab dan hanya membuat ‘content murahan’ untuk menaikkan rating prouk milik pengasas tersebut. Namun penjelasan yang diberikan oleh Puteri Sari tersebut yang menyatakan bahawa pengasas tersebut tidak gemar melakukan pembayaran melalui ‘online’ menimbulkan rasa syak wasangka dan akhirnya beliau menunjukkan wang tersebut kelihatan kosong dan seperti wang palsu.
View this post on Instagram
Kejadian tersebut menjadi bahan bualan netizen akibat pengasas tersebut menyepak duit di depan kamera dan kemarahan yang berlaku menyababkan rakan kepada Puteri Sari yang turut berada di situ mencampak duit tersebut di depan muka pengasas itu. Nmaun perlakuan mereka dibidas keras oleh jutawan terkenal tanah air iaitu Dato Seri Vida yang begitu arif dalam bidang perusahaan. Beliau menyatakan bahawa mereka perlu berhenti melakukan content murahan begitu dan sememangnya tidak menjadi di sudut mata usahawan beliau. Beliau juga menyatakan walaupun duit tersebut dikatakan palsu, namun itu merupakan rezeki dan tidak seharusnya melakukan sedemikian dan menampakkan mereka yang bertelingkah itu kelihatan tidak berakhlak dan tiada adab saam sekali.
Rakaman penuh boleh ditonton di :
View this post on Instagram
Pelbagai komen diberikan seperti :
@Aishah Kim:sokong sgt2 dato’ kalau betul duit tu palsu . cuba bincang dulu elok2. jadi manusia biar beradab
@Anak ke empat:Percayalh mereka akan juga cakap itu hanya PRANKKK
@mohdnuzulyahnizal:Dato buat report polis… Biar polis buat siasatan… Ni isu duit palsu… Karang merabak pulak duit palsu tu
@ejatbaharum:kalau xnak pitih tu mai bagi kat org lain banyak org ssah yg hrgai dn nk pakai pitih
@AffzanZZ:Setuju Dato’ V . Nikmat Allah Bagi tu Sekejap jew kalau nak tarik” . semoga kita semua dipermudahkan urusan dunia&akhirat..
@Eren Yeager:Jngei kecam puteri sari,nanti dio depress,buko baju plk lamokei
@Hybieeeeee_:Puteri sari kt live mention dato vida.. kt sini dato vida x backup dia lgsung hahahaha
@Idham:betul Dato’ walaupun saya tak suka sngt tengok Dato’ tapi saya sokong bab Dato’ cakap ni
@SIKUAT MAKAN :kan . boleh je bincang setable tak perlu baling duit rezeki tu . allah tak pernah tidur ye kawan kawan
@sirru:Betul tu dato, kalo dia btul xhamak duit tu xkan nak serang marah² padahal boleh bncg leklok. Hamak la tu bila dh jd gitu
@adinda15508:yg ni aku sokong sgt.. wlu DSV lagi up dari dorg dua tp x pena on campak² duit.. salut Dato’
Pertelingkahan tersebut mendapat pelbagai reaksi oleh para usahawan yang terkemuka di tanah air seperti Aeril Zafrel sendiri. Isu tersebut dikatakan akan berlarutan jika pihak jawatankuasa tidak menyiasat kes tersebut kerana peristiwa tersebut memusykilkan ramai pihak. Pesanan dari jutawan terkenal seperti DSV disokong ramai kerana perkara tersebut seharusnya berbincang secara elok dan bukan dengan merakam dan berkongsikan perkara tersebut pada khalayak ramai sehingga menampakkan mereka sebagai seorang yang tiada profesional dalam bekerjaya.
Jangan lupa komen yang baik baik
Sumber dari Tiktok dan Instagram