Home Hiburan “Jasa Beliau Pada Industri Sangat Besar”- Fizz Fairuz Titip Harapan Bell Ngasri...

“Jasa Beliau Pada Industri Sangat Besar”- Fizz Fairuz Titip Harapan Bell Ngasri Patut Menang Anugerah Sepanjang Hayat

123
0

Pelakon, Datuk Fizz Fairuz titip harapan agar pelakon dan pelawak Bell Ngasri berbakat seharusnya diberikan anugerah sepanjang hayat di atas jasanya terhadap seni.

Mahu Bell Ngasri Dapat Anugerah Sepanjang Haya

Menerusi posting di Instagram, Fizz Fairuz berpendapat bahawa Bell Ngasri telah memberikan jasa yang besar terhadap industri seni. dan berharap pihak Festival Filem Malaysia memberikan anugerah kepada Bell Ngasri yang telah menjadi pelakon, pengacara, dan pelawak sejak tahun 1990.

“Hope jugak @officialffm31 angkat bakat anak seni @bellngasri sebagai anugerah sepanjang tahun.. Jasa beliau pada industri sangat besar. Mohon pandang jasa beliau pada industri sekian lama dia dalam dunia seni ini. Hope ada sinaran untuk anak-anak seni tanahair..Aminn”-Fizz Fairuz

PicsArt 12 10 09.52.27 1140x668 1

Akui Tidak Pernah Menang Anugerah Sejak Kecil 

IMG 6749

Terdahulu, pada minggu kelapan Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM21), Bell Ngasri menjadi perhatian selepas melontarkan dialog bahawa dia tidak pernah memenangi sebarang anugerah walaupun telah mula menjadi pelakon dan pelawak sejak kecil menerusi segmen pertama pertandingan dengan tema Majlis Keraian.

“Aku dari kecil melawak tak pernah menang satu anugerah pun.”-Bell Ngasri

IMG 6750

Selain itu, satu lagi dialog Bell Ngasri yang telah membuka mata banyak pihak adalah apabila dia menyebut sudah lapan kali menyertai Maharaja Lawak Mega dan tujuh kali telah tersing.kir awal.

“Aku lapan kali dah masuk MLM, tujuh kali tersingkir awal. Minggu kelapan ini paling jauh yang aku pergi.”-Bell Ngasri

Ada betulnya dialog yang telah dilontarkan oleh Bell Ngasri itu. Dia sudah lama berkecimpung dalam industri seni tetapi masih tiada pihak terlibat yang menghargai bakatnya…

Sumber: Murai my

Previous articleTak Selera Makan Nasi Arab Di Tanah Suci?, Rupa-Rupanya Ini Yg Jadi Kepada MUA Bella
Next articleZarina Anjoulie B4ling Botol Pada Zed Zaidi Ketika S3si Siaran Langsung, Dah Kenapa Tu?
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here