Home Hiburan “Janganlah bukak aib ayah kandung..” – Ibu Puteri Balqis Bongkar Semua Kerja...

“Janganlah bukak aib ayah kandung..” – Ibu Puteri Balqis Bongkar Semua Kerja Jahat Bekas Suami

311
0

Baru-baru ini tular di media sosial, pelakon kanak-kanak Puteri Balqis mendedahkan kelakuan jijik bapa kandungnya dalam sebuah podcast di Youtube oleh Brosgang benar-benar mengejutkan banyak pihak. Melalui pengakuan tersebut, Puteri Balqis dan ibu dikatakan ditekan secara mental dan fizikal oleh bapanya sejak dari kecil sehinggalah ibu serta bapanya berpisah.

Berikutan podcast itu yang telah tular di media sosial, ibu kepada Puteri Balqis telah tampil memberi penjelasan. Menerusi aplikasi instagram, dia telah memberitahu tentang semua perkara jahat yang telah dibuat oleh bekas suaminya sepanjang perkahwinan mereka. Selain mengalami gangguan seksual oleh bapa kandungnya sendiri, dia dan ibu juga perlu berdepan dengan jenayah-jenayah yang pernah dilakukan oleh lelaki itu. Namun begitu, masih ada pihak yang mengatakan bahawa mereka membuka aib keluarga sedangkan ia adalah satu pendedahan jenayah yang pernah dilakukan oleh darah daging pelakon itu sendiri. Susulan daripada itu, ibu kepada pelakon tersebut, Norashikin Mohd Aziz telah meluahkan rasa kesal dengan dakwaan-dakwaan netizen yang mengatakan anaknya membuka aib keluarga. Justeru itu, Ashikin telah menulis di Insta Story anaknya dengan menjelaskan segala kelakuan buruk bekas suaminya yang sebelum ini kerap dianggap ‘mulia’ oleh orang sekeliling.

Berikut merupakan luahan Ibu Puteri Balqis, Norashikin Mohd Aziz di ruangan story 
p1
p2
p3
p4
p5
p6

Kita sebagai netizen sewajarnya tidak mendengar daripada satu pihak semata-mata. Jadi sebelum kita ‘judge’ seseorang, kita perlu mengkaji kesahihan berita itu terlebih dahulu. Min harap Puteri Balqis dan ibu dapat terus kuat menghadapi ujian dan kekal tabah selepas apa yang berlaku kepada mereka. Komen yang baik-baik yaa..

Sumber Instagram

Previous article“Muka Stopa Tahan Nangis..” – Zul huzaimy Sekolahkan Ikon Permotoran Negara Atas Pentas
Next article“Jauh Betul Janna Dapatkan Rawatan..” – Janna Nick Dirawat Di Hospital Jakarta

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here