Tular sebuah klip video yang telah dimuat naik oleh pelakon dan usahawan, Abby Abadi di platform Instagram miliknya.
Klip video tersebut menunjukkan beliau bersama anak perempuan bongsunya, yang sedang ‘shooting’ sebuah rancangan memasak oleh Astro. Walau bagaimanapun, ‘caption’ yang ditinggalkan oleh Abby telah meraih tumpuan ramai.
“Ajar baby masak, sembang-sembang… Salah bual termenangis…” – Abby Abadi
Pelakon wanita yang pernah membintangi drama Gerak Khas tersebut turut menyatakan sebab beliau kini yang tidak lagi meneruskan kerjaya sebagai pelakon.
“Ada yang tanya, Akak dah tak berlakon? Menyanyi pun tak juga ya kak…” – Katanya
“Kita pun taknak lah, banyak pantang larang nanti buat orang benci pulak…” – Katanya lagi
Melihat ke ruangan komen, ramai yang menasihati anak bongsu perempuannya itu agar tidak mengguriskan perasaan ibunya kerana beliau merupakan “harapan terakhir” oleh ibunya.
“Jangan lukakan hati Mama, Baby je harapan Mama…” – Netizen
Lihat klip video di bawah:
View this post on Instagram
Sumber: Tiktok
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.