Home Hiburan “Jangan Bagi Kant0i..”- Gar-Gara Hal Ini, Ramai Gadis Kec3wa!

“Jangan Bagi Kant0i..”- Gar-Gara Hal Ini, Ramai Gadis Kec3wa!

173
0

Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar, 30, membuat pendedahan telah mempunyai calon isteri menerusi sesi Facebook dan Tiktok live yang dibuat malam tadi.

Azwan yang turut digelar ‘wira banjir’ negara itu mengakui perkara tersebut selepas dihujani soalan sama daripada pengikut wanita berkenaan bila dia akan menamatkan zaman bujang.

“Alamak bila nak kawen ek, InsyaAllah calon dah ada tapi belum dibuat betul-betul, diconfirmkan lagi. Calon dah ada tengah dalam proses ujian lagi,” katanya.

kk

Dalam sesi bermula kira-kira pukul 8.50 malam itu, Azwan dilihat turut terkedu apabila salah seorang pengikut menemb4k soalan mengenai wanita bernama Emelda.

“Salam.. tak join Emelda ke malam ni gi makan,” tulis Aida Khalid.

Azwan bagaimanapun membalas secara bergurau “Aik.. Aida Khalid, jangan buat kantoi,” katanya.

Beberapa pengikut wanita kemudian dilihat meninggalkan komen berbaur kecewa dengan cuba mendapatkan kepastian sama ada jejaka kelahiran Melaka itu telahpun mempunyai kekasih hati atau sebaliknya.

MLK ABANG VIVA re

“Betul ke abang viva dah ada awek?,” tulis salah seorang daripadanya.

“La kawen dah haha,” ujar Nurul Dini pula.

“Bang kasi alamat penuh bang. Nak gi jumpe mak abang ni,” tambah Ieda Stellaszils.

Dalam pada itu terdapat juga pengikut yang turut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar hubungan tersebut berakhir ke jinjang pelamin.

“Wah! dah ada calon, tahniah semoga berkekalan hingga ke jannah. Makan nasi minyak jangan lupa jemput yer,” kata Mimi Fazilah Hamzah.

Sumber : K! ONLINE

Previous articleSiti Khadijah Mahu Pelihara Nama Baik, Pakaian Tak Terlalu Terbuka Walaupun Belum Bertudung
Next article” Seb4k pula tengok ” – Lepas 3 Tahun Buang Tum0r, Adik Ainul Mardhiah Bertemu Semula Dr Amalina
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here