Isu Semasa

“Itu Urusan Sy Dgn Dia, Mana Boss Kamu..” – Surat Terbuka Utk Iqbal, Trnyata S!kap Menunjuk Kekayaan Itu Adalah Aur4t.

Menerusi satu petikan kata kata daripada pengguna FB yang ramah disapa dengan panggilan Saiful Nang. Beliau ada berkongsi pendapat nya mengenai klip Iqbal yang menabur duit dan juga ingin beri netizen satu persepsi yang baik terhadapnya. Namun, selepas klip itu tular, rata rata netizen tetap memberi komen agar Iqbal berubah dan tidak lagi berkongsi seperti itu pada masa akan datang.

Kapsyen penuh FB Saiful Nang:

“KAYA ITU AU.RAT DIK — Salam Dik, Abang memang suka anak-anak bangsa jadi kaya, berjaya dan pemurah. Abang cuma nak share pengalaman Abg sendiri mungkin boleh jadi pelajaran juga.

1. Abg pernah lalui zaman “baru nak kaya” dan perasaan dia memang orang tak kaya tak akan faham. Perasaan dia macam semua benda nak beli dan tunjuk. Masa itu Abg fikir, kalau abg ada apa yang orang lain tak ada, orang akan pandang abg dengan satu penghormatan.

2. Abg dapat kemasyhuran tu. Abg dapat ramai kawan baharu yang merapat tapi sekadar banyaknya lalat menghurung taik dik. Bukan semua tapi ramai. Mereka datang untuk ambil apa kita ada dan tinggalkan telur yang menjadi ulat. Abg se.mak masa tu. Hari-hari kena kerja men.gibas lalat.

3. Abg mula belajar yang kekayaan ialah au.rat. Orang tertentu sahaja wajar tahu kita kaya seperti isteri dan ibu bapa kita. Orang lain tu kalau rapat-rapat tu, mereka sekadar tahu kita berada dan bila makan selalu kita yang bayarkan semua bil cukuplah. Yang mana tahu berapa harga jam kau, mereka tahulah. Yang tak tahu, tak mention pun tak mengapa. Dalam kehidupan orang kaya sebenar, peringkat teratas kekayaan ialah “self actualization” — nak mudah faham, jenis beli painting mahal-mahal masa auction dan menang lukisan Piet Mondrian harga 80 juta tapi tak announce dalam newspaper. Itu self actualization namanya. Biasanya, mereka melayani feeling of having it, not the feeling of showing it.

4. Kekayaan kita ni macam aurat. Bila orang tahu, ramai orang datang yang biasanya bukan berniat baik. Abang bagi tips ye, abg tak lama hidup tayang kekayaan sebelum abg mula masuk gua dan buat hal sendiri dan mengamalkan polisi gi-mam kepada apa yang orang lain nak cakap. Hidup aman sikit, Abg nak bawak Honda Cup pun orang tak kisah dah. Jam tangan abg dari Shopee pun orang tak kisah dah. Hidup abg aman. Ini zaman dah tutup aurat kekayaan. Baru hidup aman dari macam-macam gangguan. Bukan gangguan LHDN, itu biasa kalau kau dah berani tayang pasti kau dah declare income.

Cuma yang datang berteritip ni jenis-jenis yang tak jujur. Macam au.rat perempuan juga dik. Ada yang cantik bergetah, lang.sing dan mantap tapi pakaiannya tertutup dan hanya suami dan keluarga sahaja nampak cantiknya. Kurang fitnahnya. Kalau ada yang memperisterikan dia pun, atas dasar akhlak bukan kerana cup dia saiz D. Tapi biasa yang tak cantik mana yang buka macam-macam dan yang tinggal tertutup pun dia ketatkan dan jarangkan, yang kecil pun dipush-upkan sebab nak belanja semua orang.

Mekap juga tebal-tebal kerana semulajadinya tak lah secantik yang dipapar. Kau tahu Abg nak cakap apa kan? Kena buka au.rat tu, kalau tutup-tutup nanti kononnya lambat ber.jodoh. Memang ramai yang hurung, banyak mata melihat tapi matanya melihat seperti lalat menghurung najis. Yang dihurung akan semakin ro.sak dan akhirnya yang menghurung pula akan tinggalkan macam tu sahaja.

5. Akhir sekali, orang melihat kekayaan sebenar dari kebijaksanaan. Bila bercakap nadanya rendah tapi kebijaksanaannya tinggi walaupun hanya memakai sandal Asadi RM11 dari Tesco. Dik, kau kena tahu kenapa Superman, Batman, Spiderman semua pakai topeng? Kerana kalau tak pakai topeng nanti mereka famous. Bila mereka famous, ramai kerumun macam lalat yang akhirnya bila kau dah tak ada apa-apa, lalat ni akan tinggalkan kau begitu sahaja dengan telur lalat yang akan bertukar menjadi ulat ta.ik.

6. Ini bonus, kalau kaya berlagak kaya itu NORMAL. Kalau mis.kin berlagak kaya itu BA.HA.YA. Jika kaya berlagak mis.kin itu BIJAKSANA. Abg pergi ofis di wisma abg di Bangi dulu pun pakai jeans dan t-shirt. Sementara nak tunggu orang datang appointment nak jumpa abg, pergi kejap menyapu di koridor. Ambil penyapu, sapu sikit. Masa tu abg nampak staff abg semua sibuk-sibuk ada job, abg je lah menyapu. Abg bersihkan kejap, sebab ada orang nak datang. Tengah bersihkan ada orang berlagak datang pakai baju suit macam kau lah dik. Masuk-masuk ke koridor yang abg sapu, abg bagi salam dia tak jawab terus dia tanya “Saya ada appointment dengan En. Saiful Nang. Kasar dia jawab dik. Bila tanya kenapa nak jumpa Saiful Nang, dia angkuh menjawab “itu urusan saya dengan dia, mana boss kamu?”.

Kebaikan juga, bila orang tak kenal kita siapa, kita boleh kenal akhlak orang yang bakal kita nak bekerja bersama. Abg tak payah cerita lanjut apa jadi pada orang tu ye. Dia datang nak propose usahasama dengan kami, tapi perangainya tidak menghormati janitor, maka jangan harap dia boleh hormati orang lain juga. Tapi kalau Abg jenis pakai Breitling, Rolex dan suit RM7k sepasang, mesti dia cakap lain nadanya sekalipun abg betul-betul janitor.

Ada masa kita tunjuk kita siapa, ada masa kita jadi orang biasa-biasa itu lebih bahagia. Kau trigger orang ke.cam kau nak kahwin orang kaya sebab nak kekayaannya lalu kau tunjuk kekayaan kau pula. Kau dah tewas dengan netizen Mahasuci dik. Kau lambak duit selori pun mereka tetap akan cakap kau scam.mer, kau ni Macau scam ke, kau ni money laundry lah, jual ICE, jual perempuan, main kuda dan macam-macam. No point layan, kau rasa nak kahwin, kau kahwin jer lah. Tahu-tahu jer dah announce kau kahwin kemudian amalkan polisi gi-mam kepada apa orang nak cakap. Sebaliknya, buktikan jer. Siti Nurhaliza pun kahwin DK pun kena ke.cam seluruh tanahair, tapi dia buktikan perkahwinan dia steady sampai sekarang kerana beliau mengamalkan polisi gi-mam tadi.

Abg taknak komen kenapa kau punya citarasa pada suit, jam, kucing semua sangat tinggi tapi serenjang pula citarasa jodoh kau pilih DSV, yang tu pilihan peribadi. Cinta tak kenal siapa kata orang. Pandai-pandailah kau handle ye dik.

Last word abg.

Kaya ni premium

Benda premium tak ada di pasar malam yang ramai orang tengok. Sebab tu kau pun tak beli jam ratus ribu tu di Jaya Jusco tapi masuk kedai yang ada pintu tertutup yang akan dibuka kalau kau pakai kasut dan kemeja berkolar.

Kalau kaya ditayang-tayang sebenarnya itulah miskin.

Kau mis.kin perhatian sampai kau perlu mengemis perhatian orang dengan menjajanya murah-murah.

Semoga bahagia

SAIFUL NANG

Orang biasa-biasa pakai sandal jenama Amporlo.

Nama jer macam Italian, tapi cap ayam.”

Video dibawah:

Lihat juga apa kata netizen:

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: FB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *