Menerusi satu perkongsian yang dikongsikan oleh balu arwah Abam Bocey iaitu Hidayah membuatkan ramai menitiskan air mata apabila beliau berkongsian rakaman anak hasil perkahwinan beliau bersama arwah iaitu Hamzah yang tidak lepas memegang gambar arwah.Klip tersebut meraih banyak tontonan apabila beliau menyatakan bahawa gambar arwah merupakan satu satu kenangan yang beliau ada untuk ditunjukkan untuk anak beliau supaya anaknya tidak lupa akan arwah ayahnya yang begitu menyayangi Hamzah ketika si kecil itu dilahirkan beberpa tahun lepas.
Melalui klip tersebut dapat dilihat wajah Hamzah yang seperti mengerti bahawa si kecil itu sudah kehilangan ayahnya dan hanya mampu meratapi secebis gambar yang sudah tidak begerak namun itu merupakan pengubat rindu untuk si kecil itu dan ternyata berkesan. Semakin membesar Hamzah, si kecil itu makin mengenali arwah Abam dengan lebih dekat apabila Hidayah banyak menceritakan perihal arwah suami beliau kepada anaknya dengan bertujuan ingin menyatakan bahawa arwah suami beliau begitu menyayangi Hamzah. Namun klip tersebut sedikit sebanyak membuatkan para netizen menitiskan air mata kerana melihat riak wajah Hamzah yang ingin berjumpa dengan arwah dan terpaksa menerima satu keperitan hidup dimana kehilangan ayah pada usia yang kecil.
Rakaman penuh boleh ditonton di :
View this post on Instagram
Pelbagai komen diberikan seperti:
@lanboy927:Allahu jatuh air mata aku tgok anak comel ni siap panggil ayah..semoga sihat selalu
@A.i.s.h.a.h :hamzah anak yg baik , jadi seperti ayah hamzah ye .. al fatihah abam , moga dtempatkan dlm klangn org yg beriman .
@user Nur Iman Fitri:kesian dia kecil-kecil dah tak ada ayah kita doa kan semua al-fatihah
@sitingatiah69:Allahuakhbar sayang Hamzah juga..semoga membesar menjadi anak yang soleh ..
@ITACHI竞:bukan kau je dik sayang ayah kau….kami pun sayang dan rindui dia….semoga arwah di tempat kan di kalangan orang beriman
@monster :lama dah tak tengok cerita dia dulu dulu saya dan keluarga.saya. selalu tengok cerita tu tapi kan dia dah takde AL Fatihah untuk pak cik tu
@halilahrais:kesiannya hamzah semoga hamzah dan ibu dapat jumpa aruah 1 hari nanti ye syg Aamin
@awal@sehari:Allahuakbar berhabuk mata semoga arwah ditempatkan dgan org2 yg beriman al fatiha
@sue_sunar:semoga dayah dan ank gembira selalu di samping dugaan2 allah dan bersyukur selalu
@zam_ahmad:outo msuk habuk mate aku,allahuakbar…..ayh ko baik orgnye dik,bile besar jd cm ayah ye dik,org baik rmai syg,al-fatehah abam….
Walaupun membesarkan anak tanpa suami disisi, Hidayah sepertinya berjaya memeberi didikan yang sewajarnya pada Hamzah dan dapat dilihat bahawa Hamzah diberi kasih sayang yang cukup dari ibunya dan ahli keluarganya yang lain. Apa apa pun para peminat hanya mendoakan yang terbaik buat mereka dan semoga dapat menjalani kehidupan yang baik dan bahagia.
Jangan lupa komen yang baik baik
Sumber dari Tiktok dan instagram