Home Hiburan Isteri Mengid4m Kuih Raya Pukul 11 Malam, Menggelabah Ayie Floor88 Pergi Cari

Isteri Mengid4m Kuih Raya Pukul 11 Malam, Menggelabah Ayie Floor88 Pergi Cari

207
0

Hamil empat bulan, isteri kepada vokalis Floor88, Ayie iaitu Tasha Awie tiba-tiba men.gidam teringin untuk menikmati kuih raya pada pukul 11 malam.

Biarpun sukar mendapatkan kuih raya ketika bukan musim perayaan, Ayie atau nama sebenar Nik Fadlee Elhamshah, 25, berkata, dia terpa.ksa mengagahkan diri keluar mencari makanan itu di kedai serbaneka berhampiran.

164558bc3zcy0gg55zc9b5

Foto: IG

“Ceritanya pukul 11 malam tiba-tiba isteri saya nak makan kuih raya. Memang masak la kena mencari… tapi demi isteri dan anak dalam kandungan, saya gagahkan juga diri mencari kuih dan biskut raya.

“Saya singgah kedai serbaneka di stesen minyak, mencari-cari kalau ada yang jual kuih raya tapi tak ada. Syukur akhirnya pakcik saya bantu dapatkan kuih-kuih itu dari Kajang.

“Alhamdulillah dapat empat jenis kuih tapi saya pun tak ingat nama biskut tu. Isteri pun senang hati dapat rasa setiap jenis tapi tak habis pun, dia makan sesuap sahaja,” katanya kepada mStar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tuan Nicky (@ayieelhamf88)

Sebelum itu menerusi Instagram, Tasha berkongsi keinginannya yang mahu menikmati kuih raya pada malam Selasa.

Meskipun ada pengikut yang membantunya mendapatkan akaun penjual, namun Tasha berkata dia tetap mahukan kuih dan biskut raya itu dengan segera.

“Sesiapa yang ada jual kuih raya mesej saya sekarang, saya teringin kuih raya pula. Kebanyakan penjual tak dapat hantar hari ini. Nak kuih raya sekarang! Rasa nak na.ngis, kalau tak laki aku jadi mang.sa.

164529kef7xluefw6zkxfg 1

“Kasihan suami aku sampai ke stesen minyak dia cari kuih raya. Kalau tak aku men.angis tak dapat kuih raya malam ni. Aduh anak kenapa la kau mengid.am benda yang susah nak cari masa sekarang ni.

“Kasihan adik sampai sanggup telefon kawan-kawan dia tanya ada jual kuih raya tak? Akhirnya dapat pun kuih raya. Terima kasih Pakcik Kiwan yang datang dari Kajang. Terima kasih juga yang mesej saya,” tulisnya di Instastory.

Untuk rekod, Ayie dan Tasha atau nama sebenar Nur Natasha Ahmad Nawawi, 23, berkahwin pada 21 Oktober tahun lalu. -CARI

Sumber: mStar Online

Previous article[VIDEO] “Tak Thu Pun Fafau Ada Adik”- Netizen Terp4ku Tngok Adik Fara Fauzana Walaupun Cuma Nampak Mata
Next article“Macam kenal je..” (Video) Anak Siti Sarah Pelvk Bakal Ibu Tiri?. Sekali Ramai Petik Nama Ini
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here