Pelakon jelita, Intan Ladyana selamat ber.salin anak sulungnya, semalam. Perkongsian gembira tersebut dikongsikan oleh Harris Alif menerusi akaun Instagram miliknya. Tahniah!
Menurut Harris, isterinya telah selamat ber.salin sekitar jam 11.40 malam tadi. Sebagai suami, Harris berasa lega apabila isteri dan anaknya berada dalam keadaan sihat dan selamat. Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! pasangan ini belum berkongsi mengenai nama dan jantina bayi mereka. Korang rasa baby boy atau girl?
Ya Allah permudahkanlah segala urusan Isteriku.
Sebelum bersalin, Harris sempat mengambil dan memuat naik sebuah foto bersama isterinya. Menerusi foto tersebut, Harris berdoa semoga urusan isterinya itu dipermudahkan oleh Allah. Harris juga memohon doa daripada semua agar isteri dan bayinya itu berada dalam keadaan yang sihat.
View this post on Instagram
Terdahulu, Intan dan Harris diduga apabila mereka b.erdua disah.kan po.sitif C.ovi.d-19. Susulan daripada itu, Intan telah dikejarkan ke Hosp.ital Sungai Buloh (HSB) manakala, Harris men.j.lani kuara.ntin di rumah. Pada masa itu juga, ibu kepada Harris iaitu Khalizah Abdul Khalid, berkata Intan sedang h.am.il tujuh bulan. Sebagai ibu mentua, Khalizah bersyukur apabila anak dan menantunya hanya mempunyai simptom yang ringan dan tidak te.ruk.
Sumber: Harris Alif