Home Hiburan “Ini Bukan Instagram Rasmi Wife Saya, Stop Follow Individu Yang Entah Siapa-Siapa,”...

“Ini Bukan Instagram Rasmi Wife Saya, Stop Follow Individu Yang Entah Siapa-Siapa,” – Fizo Sel4r Akaun Palsu

193
0

Pelakon Fizo Omar mendedahkan beberapa akaun Instagram p4lsu yang menggunakan wajah serta nama isterinya, Fazeera Nazri Azrai.

Menerusi Insta Stories pada Jumaat, bapa kepada seorang cahaya mata itu meminta peminat agar tidak mengikuti akaun yang tidak diketahui pemiliknya.

Malah Fizo, 36, turut memberi amaran kepada individu yang tidak bertanggungjawab agar berhenti menggunakan nama orang lain demi kepentingan sendiri.

743F1C12 637C 46FB 9211 49AFA48A427B

“Ini bukan Instagram rasmi wife saya. Stop follow individu yang entah sape sape. Kpd yg berkenaan stop gunakan nama org lain utk kepentingan peribadi!,” tulisnya.

Justeru, penjelasan yang dibuat Fizo setidak-tidaknya meleraikan kekeliruan ramai pihak susulan kewujudan beberapa akaun yang berkongsi momen hari bahagia mereka sejak semalam.

56B66D45 212A 4BF9 A48C 70DA445F3FD64E1731EF 6BBD 406C B98B B8C48CAA7EA5

Terdahulu media melaporkan, pengurus kepada aktor berkenaan, Mimi mengesahkan Fizo mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya berusia 25 tahun itu  di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang.

Ia dilangsungkan secara tertutup kira-kira jam 10.00 pagi.

2199A9FC 1EE8 44EA BABC F993A1963CE9

Dalam pada itu, Mimi turut memohon kepada sesiapa yang menyebarkan akaun media sosial p4lsu Fazeera supaya berhenti berbuat demikian bagi mengelakkan kekeliruan.

Pada Khamis, Fizo memuat naik fotonya yang mengenakan baju Melayu putih bersama anaknya di Instagram seolah-olah mengesahkan dia sudah bernikah sekali gus ‘meninggalkan’ status duda.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)


Sekadar mengimbas, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013.

Bagaimanapun keduanya berp1sah pada 10 Julai 2019.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Terkini

Sumber : MH

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Previous article“Emos1 Belum St4bil Dan Sukar Mengawal”-Shuib Mengadu Masalah Di Pus4ra Siti Sarah
Next article“Ana la Thalta, Sy bukan org ketiga..” – Ada yg berdoa Mawar Karim brtemu jodoh kembali.
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here