Home Hiburan “Ingat Jadi Menantu, Rupanya Jadi Madu..”- Ngorat Anak Tak Lepas, Cuba Ngorat...

“Ingat Jadi Menantu, Rupanya Jadi Madu..”- Ngorat Anak Tak Lepas, Cuba Ngorat Si Bapak Depan Bini

173
0

Menerusi satu klip yang dikongsikan oleh salah seorang peminat drama bersiri ‘7 Hari Mencintaiku 3’ yang ditayangkan di televisyen baru baru ini mendapat perhatian ramai walaupun pada bulan perayaan aidilfitri. Sedutan yang membuatkan ramai beremosi dan memberi banyak tanda tanya itu mendapat lebih dari satu juta tontonan di aplikasi Tiktok. Sedutan yang menceritakan seorang wanita yang menbalkan muka kerana ingin menjadi salah seorang ahli keluarga kerana terlalu mencintai seseorang yang tidak dapat dimiliki membuatkan netizen berasa begitu amarah dengan sikap yang dimainkan oleh Nurul dalama drama tersebut. Mengikut penceritaan pada musim kedua, Nurul mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan lelaki pujaan hatinya iaitu Khuzairi tetapi tidak berhasil kerana cinta Khuzairi pada Mia Adriana begitu utuh sekali dan tidak dapat dipisahkan oleh Nurul.

Pada musim ini, perwatakan yang dimainkan oleh Nurul begitu tidak masuk akal dan membuatkan ramai tidak puas hati akan watak yang diambil oleh beliau. Beliau yang dulu tergilakan Khuzairi kini beralih arah dan mendekati Pak Samad iaitu bapak kepada Khuzairi. Kesanggupan beliau cuba mendekati Pak Samad dengan membeli bunga dan coklat untuk memikat hati orang tua tersebut. Namun, kesetian Pak Samad pada Mak Leha membuatkan beliau memberi hadiah tersebut kepada Taufik dan telah melakukan sistem barter kerana ketika itu, Taufiq juga ingin memujuk hati bekas isterinya kembali kepada beliau. Ketibaan Pak Samad sepert biasa dikejutkan dengan persoalan berani dari Nurul di ruang tamu dan didengari oleh seisi keluarga termasuk Mak Leha.

Rakaman penuh boleh ditonton di :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)


Pelbagai komen diberikan seperti :

@𝐝𝐚𝐲𝐚𝐡𝐡 :nurul ni dh knpe weii , pening lh akuu

@senpai~~:serieslah taufik nk kasi gula2 bendera kat fatin HAHAHAHAHAHAHAH romantik sgt ni bang

@qxliiah:NAPEE NURUL NIITAK DAPAT ANAK,BAPAK DIA PUN BOLEHH TAK FAHAM AKUU

@Hakimpenyu:kesian karekter nurul ni, yg season 2 tiba² jd jahat, yg ke 3 ni tiba² buang tebiat.

@MUGIWARA:Masalahnya nya die ckp depan semua org bukan nk pm tpi

@FarahNadia♡:Mulaii baik dngn makleha nk jadi madu ke?

@angel. •friends:mak leha dapat choc bendera pun suka kooo. x semestinya feghegho rgosyyeeeee je bahagiaa ko

@Clara95:waktu scene ttbe dpt bunga tu hahahaha aku da dok fikir mmg 7HMK3 ni semua laki nak dikebas ke hailahhhh

@Ady_hayyan:Citer ni kan mmg dlm kg tu ada kuarga mak leha sorg jeh ke yg org duk nk serang ek

@RIMBO:kan nurul nk pak samad bagi bunga tu kat mak leha

@no feelings:THE REAL “KAU JANGAN SAMPI AKU JADI MADU MAK KAU”

Persoalan yang ditanyakan oleh Nurul membuatkan Pak Samad terdiam seketika dan mengejutkan seluru ahli keluarga di rumah itu. Kebaikan Nurul kepada Mak Leha memberikan satu syak yang tidak baik dalam akal fikiran Pak Samad namun Pak Samad cuba menghiburkan isteri kesayangan beliau kerana beliau bole membaca riak wajah isteri beliau yang sudah mula cemburu. Hadiah yang ditukarkan oleh taufik terus diberikan kepada Mak Leha dan keceriaan jelas terpampang pad wajah wanita tersebut walaupun menerima coklat yang tidak seberapa. Ketika hadiah tersebut diberikan kepada Mak leha, wajah Nurul berubah emosi kerana sikap Pak Samad yang tidak menghiraukan perasaan beliau yang berada di situ.

Jangan lupa komen yang baik baik

Sumber dari Tiktok dan Instagram

Previous article“Bawak Jumpa Bunian Ni..”- Cuba Elak ‘Jammed’ Untuk Pulang, Tersesat Dalam Hutan Gara Gara ‘Waze’
Next article“Ke Saya Anak Terbuang..”- Kenyataan Pemuda Iras Faizal Hussein Buat Ramai Terkejut
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here