Esok semua umat beragama Islam akan berpuasa Ramadhan untuk tahun 2022. Pasti ramai yang tidak sabar dan mempunyai perancangan tersendiri bersama keluarga tersayang.
King Coco Berpuasa Tanpa Ibu
Di Instagram Story, King Coco meluahkan emosi mengenai sambutan puasa pada tahun ini.
Dia menyatakan untuk tahun ini emosinya tidak stabil kerana tahun ini dia tidak dapat berpuasa bersama ibunya yang telah tiada tambahan pula bulan April adalah bulan kelahiran ibunya.
Tidak Boleh “Move On”
Menurut apa yang dikongsi di Instagram Story, King Coco terlalu merindukan arwah ibunya sehingga menyebabkan dia tidak boleh ‘move on’. Baginya, tiada cinta yang lebih agung dari cinta seorang ibu.
‘Hilang Laki Tak Rasa Apa’
King Coco turut memaklumkan bahawa baginya hilang suami tidak memberi kesan kepadanya, malah kehilangan seorang ibu menyebabkan dunianya menjadi gelap.
Akhir penulisannya, King Coco menyarankan kepada semua untuk menghargai ibu yang masih hidup dan jangan berkongsi mengenai keburukan ibu di media sosial kerana zaman sekarang terlalu ramai yang menjadi ‘tanggang’ moden.
Sumber: Muraimy