Home Netizen “Hebat pakcik ni, dari Kedah dia bawa basikal” -Netizen

“Hebat pakcik ni, dari Kedah dia bawa basikal” -Netizen

217
0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok dekchaiyuyee, dan telah ditular baru-baru ini.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang lelaki ditahan sekatan jalanraya Thailand, menaiki basikal dari Thailand ke Kedah. Lelaki ini berasal dari Perlis, Kedah. Beliau mengatakan sering berulang-alik setiap satu bulan kerana menguruskan urusannya. Apa yang dilihat, basikal milik beliau juga penuhi barang-barang nya. Reaksi beliau yang boleh berbahasa Thailand juga telah menarik perhatian ramai.

Netizen turut memberi komen mengenai situasi ini, mengatakan beliau seorang yang berani menyeberang Negara hanya menaiki basikal sejauh itu. Ada juga yang mengenali pakcik tersebut, mengatakan beliau sering pergi ke kedai runcitnya dan pakcik ini juga seorang yang baik dan selalu menaiki basikal berdekatan Pasir Hitam. Perkongsian video klip di Tiktok ini juga telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 1.4M penonton, 61.4K sukaan dan 946 komen.

Baca juga: “Suara Sebiji Arwah Saleem..” – Nyanyian Pakcik Berkerusi Roda Buat Ramai Sebak

Baca juga: “Feeling Betul Dia Nyanyi..” – Pakcik Selamba Karoeke Tepi Tingkap Kereta

Lihat klip durasi pendek reaksi pakcik ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@neon_seven: pakcik ni bertahun tahun dah berbasikal antara negeri.

@BEUTY LEGACY 77: kalau jumpe dia ni,tlg mntk dia doakn korang … yg phm je phm ape aku ckp ni..

@yushairudin din: orang di jln ALLAH.berbatu berkilo,rasa dekat je.semoga. pakcik ni sihat selalu di jln ALLAH

@ZAKIE ABAM GUARD TV OFFICIAL: dari Perlis ke Kelantan.. ikut Thailand dekat berbanding ikut Titiwangsa

@muhammadakmal1994: kedah – kelantan naik kereta ikot thailand 3-4 jam jalan elok kalau kedah-kelantan ikot grik 6-7 jam jln berlubang2 tampal2 tggi sblh mcm dkt bulan

@Shucre | Digital Marketer: Bila cinta sudah bertaut di jalan Allah, perjalanan jauh pun masih mampu senyum. MashaAllah, moga Allah terima amal ibadah beliau

@Nurin irdina: tawakal dia sgt tinggi..dia berani..kalau ikutkan sgt bahaya bila sesorang mcm tu..tp dia yakin..jg hak Allah,Allah jg hak hambaNya

@awangbatielambung: org tua ni banyk ilmunya biasa jumpa kat air hitam Kedah cepat nampak dia kayuh basikal hilang kejap ja

@Surmayaothman Maya: p.cik ni jemaah tabligh dia nak p istimaq perjumpaan para2 jemaah kat sana.semoga dipermudahkan segala urusan aamiin

@khairul386: dulu pakcik nie setiap jumaat dtg ke kdai runcit sya ,dkt pasir mass,, baik sngt Dio tu, sllu Naik basikal,

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous articleDemi mencari rezeki, rider Food Panda kerja dengan tangan palsu
Next article“Tak Kisah Dari Mana Asal, Mereka Pun Manusia”-Video Berkongsi Rezeki Buat Netizen Sebak
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here