Home Hiburan Gara-Gara Hal Ini, Scha Alyahya T4kut Nak Kerja Dengan Ellie Suriaty

Gara-Gara Hal Ini, Scha Alyahya T4kut Nak Kerja Dengan Ellie Suriaty

277
0

Melakonkan watak pengawai penyia.sat bernama Karmila dalam filem terbaharu arahan sutradara, Osman Ali berjudul, Telaga Suriram, pelakon dan pengacara, Scha Alyahya memaklumkan dia berasa taku.t untuk bekerja dengan seseorang dalam karya berkenaan.

Scha atau nama lengkapnya, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 38, berkata, dia berasa sedikit gentar berada di bawah pengawasan Ellie Suriaty yang ditugaskan sebagai acting coach (guru lakonan) filem terbabit.

123912iq1gugwfhfko7huf

Foto: IG

“Dengan Kak Ellie, saya tak nafi.kan saya akan ta.kut dengan dia. Saya ta.kut disebabkan itu, akan ada limitasi untuk belajar dengan dia sebab terlalu ta.kut dengan dia,” katanya ketika ditemui media semalam.

Disebabkan itu, Scha turut mengambil inisiatif sendiri dengan mengikuti kelas lakonan di luar iaitu bersama Norzizi Zulkifli.

“Saya memilih Kak Zizi sebab pertama sekali, latar belakang dia. Juga, tak tahulah, saya rasa sangat dekat dengan dia. Karakter dia lebih kurang saya.

“Dia seseorang yang relaks, ‘rough’ dan ‘tough’ dan saya rasa senang untuk saya belajar dengannya tanpa perlu rasa macam, ‘takut.nya cikgu ini’,” katanya lagi.

Ujar ibu kepada dua cahaya mata itu, pada mulanya, dia ada memikirkan beberapa nama guru lakonan lain seperti Vanidah Imran dan Ogy Ahmad Daud namun nama-nama yang disebutkan mempunyai jadual kerja yang sangat padat.

“Kak Vanidah yang sarankan Kak Zizi kepada saya. Kak Ogy pula, sebelum tanya dia, saya rasa dia dah di tempat lain dah,” ujarnya.

Selain Scha, Telaga Suriram yang memulakan penggambaran selama 45 hari bermula Januari ini turut dibarisi pelakon handalan lain seperti Maya Karin, Nabila Huda dan Farid Kamil.

Filem ke-17 Osman Ali tersebut adalah filem sulung terbitan syarikat Odissi Creative Sdn. Bhd. dengan kerjasama produksi milik Osman, Nuansa Films. -CARI

Sumber: Kosmo

Previous article“Saya Sedia Je, Saya Takkan Sorok Kalau ‘Benda’ Tu Jadi…” – Mimi Lana Cerita Kahwin
Next article“Kuarantin Pun Tetap Manis..” Kecantikan Siti Saleha Dapat Pujian. Skali Benda Lain Netizen Prasan
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here