Untuk pengetahuan semua, Hos Sherry Al-Hadad dan Han Byul mempunyai hubungan yang akrab sejak program Big Stage musim ke-2 lagi. Mereka sering dilihat mengusik sesama sendiri. Baru-baru ini Han Byul juga dilantik sebagai Juri Juara di program berkenaan, sekali lagi peminat dapat melihat kese.rasian mereka berdua.
Baru-baru ini, viral video yang dimuat naik oleh Astro Gempak di akaun Tiktok. Kelihatan Han Byul yang sempat mengungkapkan ayat “Hai sayang” sebelum memberikan komen. Namun ayatnya itu telah mencetuskan rasa ‘cem.buru’ apabila Sherry Al-Hadad persoalkan ucapan itu ditujukan kepada siapa kerana pada waktu itu juga Lia Aziz baru saja tamat persembahannya.
Apa yang membuatkan penonton terhibur ialah apabila Han Byul terus ga.gap tidak mampu menjawab pertanyaan Sherry apabila dirinya diser.gah oleh hos itu.
Oleh disebabkan hal itu, Han Byul memberitahu sebenarnya ayat tersebut ditujukan kepada Lia Aziz sebagai ‘junior‘ dalam pertandingan saja.
Namun, Sherry memberi nasihat agar jangan memanggil semua orang ‘sayang’ kerana ta.kut disalah ertikan pula. Sherry sebenarnya cem.buru ke?
Melihat ke ruangan komen, rata-rata peminat dan netizen terhibur melihat gelagat mereka berdua. Ada juga yang ‘merestui’ jika Han Byul dan Sherry Al-Hadad bercinta. –
Sumber: Cari