Home Hiburan Dulu Muka Pec4h Pun Boleh Jadi Hero, Sekarang Banyak Muka Jambu Dan...

Dulu Muka Pec4h Pun Boleh Jadi Hero, Sekarang Banyak Muka Jambu Dan Kurang Jantan

252
0

Kemunculan hero berwajah ‘jambu’ dan kurang ‘jantan’ adalah disebabkan peredaran trend semasa penonton yang ter.peng.aruh dengan drama-drama dari Korea Selatan.

Pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor berpendapat ketika ini penonton Malaysia sudah tidak berminat dengan pelakon berwajah sepertinya.

143622jodecqccoolcsccl

Foto: mStar

“Pada hari ini, wajah-wajah yang berbentuk Korea itu diminati dan fesyen sekarang tak sama macam waktu saya dahulu.

“Zaman dahulu, muka ‘pe.cah rumah’ macam saya boleh jadi hero dan sebab itulah nampak muka jantan.

“Zaman sekarang orang tak berminat dengan wajah macam saya kerana pemikiran mereka telah dijajah oleh pengaruh Korea,” katanya kepada mStar.

Pelakon filem KL Gang.ster ini ditemui pada majlis pelancaran Program Perintis Usanita – Penjenamaan dan Pendigitalan Bersama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Seri Mahdzir Khalid di Dewan Tun Hussein Onn, Dagangan Dunia Putra (WTC) pada Selasa.

Sementara itu, mengulas isu rungutan segelintir pelakon yang menganggap stesen televisyen berlaku tidak adil apabila hanya mengambil hero yang mempunyai 1 juta pengikut Instagram, Rosyam berkata, ia syarat yang diletakkan oleh penyiar Over-The-Top (OTT).

143647fdrmcpogdniti5tl

Foto: mStar

Sebaliknya, kata Rosyam stesen TV tempatan masih mementingkan bakat daripada populariti pelakon tersebut.

“Ramai yang tersalah tafsir perkara itu termasuk penggiat seni, penerbit dan artis-artis yang menyalahkan stesen TV tempatan.

“Sebenarnya itu adalah permintaan daripada OTT platform seperti Netflix, WeTV, iQIYI kerana pemilik dia duduk di luar negara, mereka tak kenal pun artis Malaysia.

“Kalau staf yang berada di sini nak submit nama artis untuk kelulusan contohnya di China atau Amerika Syarikat, mereka nak tengoklah siapa artis ini… kalau betul artis itu popular paling tidak pun mesti ada satu juta pengikut.

Rosyam berkata, stesen TV tempatan masih mementingkan bakat daripada populariti pelakon tersebut.Rosyam berkata, stesen TV tempatan masih mementingkan bakat daripada populariti pelakon tersebut.

“Akhirnya apabila perkara ini ke.coh sehingga penggiat seni terus menyalahkan stesen TV tempatan tanpa usul periksa.

“Stesen TV tempatan sebenarnya membantu industri, saya sendiri ambil pelakon baru yang followers baru 200 pengikut untuk jadi hero. Saya harap selepas ini kita kaji dahulu apa isu sebenar sebelum membuat sebarang kenyataan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Rosyam dilantik menjadi duta produk untuk 50 usahawan industri kecil yang dipilih menerusi Program Perintis Usanita – Penjenamaan dan Pendigitalan Bersama KPLB.

“Daripada 500 usahawan, kita akan pilih 50 sahaja yang menepati syarat dan peraturan untuk menggunakan muka saya bagi mempromosikan produk mereka.

“Siapalah saya tanpa peminat-peminat semua yang telah memberi sokongan sehingga ke hari ini.

“Jadi inilah sumbangan saya kepada masyarakat terutama sekali usahawan yang terje.jas ak.ibat pan.dem.ik C.o.vi.d-19,” jelasnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Previous article“Dia ni ank dara tua..” Kene S0und Dgan Netizen Bergambar Kurang Sen0noh. Sekali Ini Respon Slambe Daiyan Trisha
Next article“Saya Sanggup Nak Jaga Ank Dia”- Iqbal Zulkefli Serivs Nak Berkawan Dengan Lucinta Luna
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here