Home Isu Semasa “Dulu duduk estet sampai fasih cakap tamil” – Sebak! Jejak Kasih...

“Dulu duduk estet sampai fasih cakap tamil” – [VIDEO] Sebak! Jejak Kasih 2 Sahabat Baik Lepas 25 Tahun Terpisah

120
0

Nilai ikatan persahabatan ini memang tinggi, merekalah yang akan berada disisi selain daripada ahli keluarga kita. Ia ibarat satu sinar bila bersua setelah sekian lama terpisah.

Rasa sebak apabila menonton satu kiriman video daripada TikTok Nor Zana Rahmad ini saat suaminya dipertemukan dengan sabahat baik yang sudah hampir 25 tahun terpisah.

Buat ‘surprise’ masa sambutan hari jadi

Biarpun berbeza bangsa dan agama persahabatan mereka sangat utuh sampai mengalir air mata dua sahabat ini apabila bersemuka.

Dalam video viral berdurasi 1 minit 7 saat ini, dilihat seorang lelaki yang sedang meraikan majlis hari jadinya sedang memeluk satu maskot, dia kemudiannya diarahkan untuk buka kepala maskot itu.

Alangkah sebaknya rasa lelaki itu apabila individu di dalam maskot tersebut adalah kawannya yang setelah sekian lama terpisah, lelaki itu terus memeluk sahabatnya dan tak dapat menahan air matanya.


Berpisah sejak umur 12 tahun

Menurut Nor Zana, suaminya membesar di estet dan mempunyai ramai kawan berbangsa India sehinggakan suaminya itu fasih berbahasa tamil.

Difahamkan, suaminya berpindah rumah ketika berumur 12 tahun dan sejak itu mereka tidak bersua, disebabkan sahabat suaminya itu terlalu rindu, dia buat keputusan untuk memberikan kejutan.

The real of Raju & Suparjo – Netizen

Menjengah keruangan komen, ramai yang terharu apabila melihatnya, ada juga yang turut sebak dan memuji melihat persahabatan mereka yang tidak kira bangsa dan agama.

Sumber:Lobak Merah

Previous article“Rsa mcam nk pngsan tengok rumah” – Hmpir 2 Thun Trkandas Di Luar Ngara Akhirnya Plang Jua.
Next article“Trkesan bapa mninggal mngejut” – (Video) Anak Ubah Fkiran Nekad Blajar Ke Pringkat Lbih Tinggi…
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here