Home Hiburan ‘Dulu Bertiga Kat Atas Batu Tu’ – Kongsi Foto Seorang Diri Di...

‘Dulu Bertiga Kat Atas Batu Tu’ – Kongsi Foto Seorang Diri Di Tempat Kenangan, Netizen Perasan Fizi Ali Makin Kurus

132
0

Pada 15 Disember lalu, penyampai radio Fizi Ali berkongsi berita dvka apabila dia dan pelakon Shakilla Khoriri membuat keputusan untuk berp1sah selepas tiga tahun bersama.

Kenangan tetap bersamamu

shakilla 12

Terbaru, Fizi ada memuat naik sekeping foto bersendirian duduk di atas batu di persisiran pantai yang terletak di Mersing, Johor.

Menerusi Instagramnya, Fizi, 32, menulis kapsyen yang mendalam iaitu;

Waktu mungkin berlalu, kenangan tetap bersamamu..

Hasil pemerhatian OhBulan!, pada November lalu, Fizi, Shakilla dan anak mereka Ameena Sofia pernah datang ke tempat sama dan bergambar bertiga. Malah, foto yang memaparkan kegembiraan bersama masih ada di Instagram Shakilla, 32.

Rata-rata warganet perasan dengan persamaan tersebut lantas meninggalkan komen dengan mendoakan agar Fizi dan Shakilla terus kuat menghadapi dugaan.

@snow_white_wawa: Dulu gambar bertiga kat atas batu tu. Ada Mimi dan Ameena.

@bawang.prudential: Allah tahu apa yang terbaik untuk korang berdua. Insya-Allah yang baik-baik sahaja akan menyusul lepas ini buat kalian.

@qursyilaiman: Hidup diteruskan dalam berjuta kenangan indah.

Badan dah susut

fizi

Selain daripada itu, ada juga dalam kalangan pengikut yang sedar dengan perubahan tubuh badan pemilik nama Mohd Hafizudin Alimudin yang jelas susut dari sebelum ini.

@watie_zura82: Auto kurus bila diuji sebegini. Saya dah laluinya.

@hasrulez_fazrieqin: Kurus kau.. Allahu. Aku doakan kau kuat hadapi takdir Allah ini. Jaga diri.

@ereni71: Kurusnya Fizi.

Terdahulu, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan cahaya mata, Ameena Sofia yang kini berusia dua tahun.

Sumber: Instagram @fiziali_ via OHBULAN

Previous article“Eczema perit oo, tp..” Gadis d3rita eczema hilang nikmat makan guna tangan undang sebak
Next article[VIDEO]“Takde Kawan Nak Berm4in..”Dekta Sel4mber Minta Adik Perempvan Dek4t Shuib
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here