Home Isu Semasa “Duit RM1 Bertukar Jadi Daun..” – Rider Demam Seminggu Lepas Alami Penghantaran...

“Duit RM1 Bertukar Jadi Daun..” – Rider Demam Seminggu Lepas Alami Penghantaran Yang Aneh

188
0

Jika sebelum ini pernah tular mengenai pemandu ehailing yang berdepan dengan kejadian aneh dimana duit tambang tiba-tiba bertukar menjadi daun, kali ini kisah yang lebih kurang sama berlaku terhadap rider penghantar makanan pula.

sinetronmalaya.com daun duit

Menurut perkongsian seorang netizen, ketika itu dia membuat kerja sambilan buat delivery food ketika PKP 2.0 dan waktu kejadian adalah sekitar pukul 1.30 am. Berikut adalah perkongsiannya yang menjadi tular:

Assalamulaikum..Saja nak berkongsi pengalaman saya masa PKP 2.0, saya buat delivery food (part time)..

Silap saya sebab saya tak percaya benda² tahyul ni.. Tapi selepas kena terus jadi pengajaran pada saya. Duit tukar Jadi daun.

“Lokasi Taman Tasek Ipoh, kejadian jam 1.30AM..” – Kenyataan rider

sinetronmalaya.com duit daunn

Masa hantar tu tak nampak muka sangat.. Tapi lepas ada bau yang sangat busuk.. Saya dah tak sedap hati.. Saya terus gerak pandang side mirror motor, tengok Perempuan tu hilang sekelip mata!

Perjalanan saya nak keluar dari kawasan tu Di ikuti suara anjing² yang menyalak kiri kanan depan belakang.

Baca Juga: Lelaki Terkedu Makan Nasi Lemak RM1.50 Tapi Terselit Sampul Bawah Nasi, Punca Buat Ramai Pening

Baca Juga: Penemuan Tasik Berwarna Pink Buat Ramai Tertanya-Tanya

Seminggu demam selepas kejadian,rekod panggilan hilang! Sampailah saya keluar dari Taman tu, seminggu saya demam! Yang tak masuk akal.. Rekod panggilan keluar masuk hilang!

Macam tak pernah wujud, ustaz yang merawat saya tu cakap “Tiada yang mustahil, ini mainan Jin”

Lelaki ini turut berkongsikan ciri-ciri ‘wanita’ tersebut. Apa yang saya akan ingat sampai bila² nama perempuan tu haslinda, suara serau basah, dan bau pada perempuan tu sangat busuk (bangkai).

sinetronmalaya.com duit jadi daun

Apa yang lebih mengejutkan adalah duit yang diberikan perempuan itu pula tiba-tiba bertukar jadi daun!

Sebelum ini, pernah juga tular mengenai seorang pemandu Grab yang menerima tambang daripada seorang wanita dimana tiba-tiba duit tambang bertukar jadi daun kering apabila sampai ke rumahnya.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Nang

Previous article“Ni bukan abang dah, ni atuk…” – Perempuan usia 20 tahun kahwin dengan warga emas
Next article“Dasar Kufur Nikmat, Jantan Tak Kenal Bare..” – Dato’ Sri Vida Perli Syamsul Yusof?
Selain menulis, turut gemar buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang. Sukakan sejarah kerana dengan sejarahlah dapat mengenal tentang diri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here