Home Hiburan Dua Bulan Sebelum Kahwin Usop Dedah Sesuatu Yang Terjadi Pada Dirinya

Dua Bulan Sebelum Kahwin Usop Dedah Sesuatu Yang Terjadi Pada Dirinya

141
0

KIRA-KIRA dua bulan menjelang hari bahagia pada Februari depan, penyanyi Usop yang terkenal sebagai seorang yang kelakar mula berubah si.kap menjadi pem.arah.

Akui bimbang dengan. hal itu, Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Mohd Nor, 24, berkata perubahan itu mula dirasai sejak bertunang dengan Nur Fatihah Md Hashim pada 4 November lalu.

“Dulu saya ni bukan seorang yang pan.as b.aran, tetapi apabila sudah bertunang ni tak tahu kenapa selalu pa.nas hati.

“Tetapi kena kawal la sebab bagi pendapat saya… apabila kita nak menghalalkan hubungan dengan seseorang, waktu itu la banyak dugaan datang.

1421543

Usop memberitahu dia bukanlah seorang yang pemarah.

“Kita sebagai pasangan kena banyak bersabar dan bert.olak ansur. Sebab nak berkahwin ni bukan untuk sehari dua tetapi selama-lamanya,” katanya kepada mStar.

Usop ditemui selepas konsert minggu keenam Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada malam Ahad.

Dalam pada itu, Usop memberitahu kehadiran Fatihah dalam hidupnya banyak memberi perubahan daripada segi penampilan dan pembawakkan diri.

Tinggal sikit je lagi benda nak kena buat. Orang kata tinggal menunggu hari ijab kabul sahaja.

USOP

PENYANYI

Ujar Usop, tunangnya banyak mengajar untuk memperbaiki diri lebih-lebih lagi apabila menjadi seorang selebriti.

“Fatihah banyak mene.gur saya, dulu penampilan saya selekeh berbanding sekarang. Dia kata saya kena menjaga penampilan sebagai seorang artis dan saya pun mula berubah sikit-sikit.

“Lepas tu kadang-kadang saya ni jenis blur. Jadi apabila saya ada slow je Fatihah akan te.gur cakap tak boleh macam itu dan ini, dia banyak mengaj.ar saya juga,” katanya.

1421542 1

Hampir kesemua urusan menjelang perkahwinan Usop dan Fatihah sudah dilaksanakan.

Sementara itu, penyanyi lagu Selamanya ini bersyukur segala persiapan sebelum bergelar raja sehari telahpun dilaksanakan dengan sempurna.

“Alhamdulillah, persiapan sudah siap 85 peratus. Semuanya hampir selesai termasuk urusan dengan pejabat agama dan ujian HIV… jadi bab itu saya dah lega.

“Tinggal sikit je lagi benda nak kena buat. Orang kata tinggal menunggu hari ijab ka.bul sahaja,” ujarnya.

Setelah dua tahun menjalinkan hubungan persahabatan, pasangan ini mengadakan majlis pertunangan secara tertutup di sebuah dewan berdekatan kediaman keluarga Fatihah terletak di Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang pada 4 November lalu.

Usop dan Fatihah bakal mendirikan rumah tangga pada Februari 2022.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Previous article“Sempoi”- Shukri Yahaya kongsi video ‘sweet’, komen Sharnaaz Ahmad pula cuit hati netizen
Next article“MasyaAllah Nampak Kembar..” (Video) Pemuda Mirip Arωah Abam Bocey, Undang Kerinduan Netizen
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here