Home Hiburan DSV Tak Pu4s H4ti Sa Ya Tersingkir Suku Akhir GV8

DSV Tak Pu4s H4ti Sa Ya Tersingkir Suku Akhir GV8

109
0

Perjalanan kumpulan duo lagenda, Sa Ya yang dianggotai Yassin dan Saiful APek berakhir semalam apabila tersingkit di konsert minggu kelapan Gegar Vaganza.

Meskipun persembahan dipuji kerana mempunyai idea yang kreatif, namun dari segi vokal kumpulan itu tidak dapat memuaskan hati juri.

Penyingkiran Sa Ya itu turut mendapat perhatian usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang meluahkan rasa tidak pu4s h4ti kerana merasakan kumpulan itu tidak sepatutnya disingkirkan.

Kata Vida lagi, ada peserta lain yang lebih teruk daripada Sa Ya namun hairan mengapa masih lagi diselamatkan untuk ke separuh akhir.

dcass

“Saya rasa ada masalah GV minggu ini penting ke separuh akhir. Sa Ya, persembahan ada X-Factor malam ni, Shidee pula nak disimpan dan selamatkan,” katanya.

Dalam pada itu, Vida juga beranggapan ada unsur ‘pilih bvlu’ dalam pertandingan tersebut serta mengatakan dia tahu mengenai permainan program berkenaan memandangkan dia pernah menjadi penaja.

“Nampak sangat pilih bvlu, bvlu pahan tak keluar suara tapi disimpan? Atas dasar apa? Legend? Kalau dah sah-sah pancit nak selamatkan lagi, yang bagus disingkirkan. Adakah sebab mereka pelawak, menjadi filler je dalam GV.

“Mereka berusaha baiki kelem4han, akhirnya hasilkan great improvement setiap minggu, saya tahulah mainan ini, saya mantan sponser GV,” tulisnya.

Semalam, Sa Ya menerima markah terendah iaitu sebanyak 58.20 peratus sekaligus menjadi peserta tersingkir di minggu ke lapan.

Sumber: ROTIKAYA

Previous articleAkui Terikat Dengan Kontrak, Anzalna Janji Akan Padam Foto Lama Tak Berhijab
Next articleAnak Perempuan Tunggal Pewaris Perniagaan Siti Sarah – “DekTa Akan Teruskan…”
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here