Home Hiburan DSV Sambut Hari Lahir Anak Siti Sarah, Netizen Usik ; “Jadi Mama...

DSV Sambut Hari Lahir Anak Siti Sarah, Netizen Usik ; “Jadi Mama Wais Pun Okay…”

127
0

Perkongsian video usahawan terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) yang meraikan hari lahir anak sulung pasangan Shuib Sepahtu dan Allahy4rhamah Siti Sarah, Uwais Al Qarni menarik perhatian wargamaya.

Menurut DSV, beliau tidak dapat hadir meraikan hari lahir Uwais ketika sambutan sebelum ini, justeru membuat keputusan untuk mengadakan sambutan sekali lagi.

“Happy Birthday Uwais, maaf Mama Vida tak dapat datang masa Uwais celebrate hari tu, so Mama Vida celebrate sekali lagi.

“Semoga Uwais dan adik adik jadi anak yang soleh kepada Daddy @shuibsepahtu, jadi anak Daddy yang hebat,” kongsinya di Instagram.

Dalam pada itu, DSV tidak lupa mengajak orang ramai untuk membacakan Al-Fatihah buat Allahy4rhamah Siti Sarah.

“Ramai-ramai kita sedekahkan Al-Fatihah kepada bidadari syurga @sitisarahraissuddin,” tulisnya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dan gembira melihat DSV bersama anak-anak Shuib.

Malah, ada juga netizen yang mengusik DSV sekiranya usahawan itu mahu menjadi ibu baru kepada anak-anak Allahy4rhamah.

“Tiba-tiba ot4k bayangkan jadi mama betul diorang,” tulis seorang pengguna Instagram.

“Baik mak tiri macam ni,” usik seorang lagi.

“Jadi mama Wais pun okay Datuk, sama sama rancak berniaga dan usahawan berjaya,” komen netizen yang lain.

“Sama-sama single, boleh la Datuk, diorang menumpang manja seorang ibu,” tulis seorang lagi netizen.

img 2685 1

img 2686

Berdasarkan tinjauan Gempak, sambutan hari lahir Matin itu diadakan oleh pihak DSV di Hotel Four Seasons, Kuala Lumpur.

Beberapa orang daripada pasukan DSV turut kelihatan selain dua lagi adik beradik Matin, Dzhaira Talita Zahra dan Ariq Matin turut sama meraikan.

Shuib tidak dapat hadir atas sebab tertentu, bagaimanapun bapa kepada empat cahaya mata itu mengucapkan terima kasih kepada DSV atas kebaikan beliau.

“Terima kasih Dato Seri sudi luangkan masa untuk anak-anak, layan kerenah anak-anak, diorang balik dok bercerita pasal Dato Seri. Maaf tak dapat join, Insya-Allah next time ya, terima kasih atas segalanya,” tulisnya di ruangan komen.

img 2687

Sumber: Gempak

Previous article“Macam Kemb4r…”,- Haqiem Rusli ‘Call’ Hanis Zalikha Untuk Beri Kejvtan Buat Isteri!
Next articleShuib Bawa Ariq Matin Gunting Rambut, Ramai Puji Anak Arw4h Siti Sarah Handsome – “Muka Macam Aidil Zaquan Pemain Bola Tu”
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here