Home Hiburan DSV dedah arwh Gmie pernah minta bantuan padanya, sekali anak arwh nafi...

DSV dedah arwh Gmie pernah minta bantuan padanya, sekali anak arwh nafi dan ceritakan perkara sebenar

101
0

TIDAK pernah meminta sumbangan atau meminta-minta, anak kepada Allahyarham Gmie Screen menafikan pernah memohon bantuan kewangan kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida.

Menurut anak sulungnya, Siti Hadirah apa yang diberitahu Vida tentang wakil arwah meminta bantuan hanya salah faham apabila ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan terhadap kesihatan bapanya.

ā€œSebenarnya itu semua salah faham, abah tak ada minta bantuan. Tetapi ada kenalan abah nak tolong dan dia bekerja dengan individu yang berpangkat tinggi.

ā€œWakil daripada individu berkenaan bertanya tentang keadaan abah kepadanya dan dia buat surat untuk meminta bantuan dengan menggunakan nama abah.

ā€œTetapi surat itu bukan abah, saya atau ahli keluarga lain yang keluarkan, semuanya kenalan abah yang buat.

ā€œAbah takut kalau orang lain fikir seperti dia mahu mengambil kesempatan dengan menggunakan popularitinya untuk mendapatkan sumbangan dari peminat.

ā€œKami sekeluarga memang langsung tak pernah meminta sumbangan daripada mana-mana pihak,ā€ katanya kepada mStar.

gmie 2 300x217 1

Gmie atau Hajmi Ibrahim menghembuskan nafas pada pukul 2.30 pagi Jumaat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 50 tahun akibat penyakit buah pinggang berlubang. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Medan Sijangkang, Selangor sekitar jam 10.30 pagi Jumaat.

Sementara itu, Siti Hadirah memberitahu bahawa arwah bapanya menggunakan wang simpanan sendiri untuk menyara keluarga sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

hjkuo 1 scaled

Dalam masa yang sama, Siti Hadirah yang bekerja sebagai seorang guru di Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun Baharu, Klang turut membantu dari segi kewangan keluarga dan adik beradiknya.

Allahyarham sebelum ini pernah bekerja sebagai seorang kerani kerani di Wesport, Klang.

ā€œWaktu abah start sakit dulu dia minta cuti, lama-lama terus berhenti kerja sebab keadaannya yang semakin teruk. Abah ada duit simpanan untuk menyara kami sekeluarga dan dalam masa yang sama, saya tolong abah sepanjang PKP.

ā€œAbah tak pernah minta bantuan, tetapi jasa baik daripada orang kampungā€¦ ya Allah, semua orang yang kenal abah. Mereka tolong abah dengan memberi bantuan dari segi makanan, wang dan barang,ā€ ujarnya.

Berkongsi kenangannya terakhir bersama arwah, kata Siti Hadirah, arwah sering meminta dia pulang ke rumah sejak sebulan lalu. Katanya lagi, arwah seolah-olah mahu anak-anaknya berada di rumah dan menghembuskan nafas terakhir bersama keluarga.

ā€œSejak seminggu ni abah selalu cakap balik sini cepat (ke rumah dia) setiap kali saya nak balik ke rumah sendiri. Sebab dalam sebulan lepas, dia pernah cakap pada saya ā€˜balik cepat rumah abah, nanti abah dah tak adaā€¦ kau tak adaā€™.

ā€œKalau boleh abah tak nak meninggal di hospital, dia nak meninggal di rumah di samping keluarga dan dikebumikan bersebelahan dengan kubur arwah ibunya.

ā€œKali terakhir saya bercakap dengan abah pada malam Khamis, nurse minta tolong video call dan dia cakap abah dah tak larat, abah dah penat,ā€ katanya.

Sumber: Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Previous article“Selama Ni Awak Anak Raja Ya?” – (video) Iqbal kelihatan Jketnya Ditngglkn oleh Seorang Llaki
Next article[FOTO] “Masya-Allah Sopan ja masingĀ²..” Busana Songket Erra & Lisa Pada Mlm FFM3 Curi Tumpuan- ‘Ni baru betul’
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here