Home Hiburan “Doakan Agar Urusan Kami Dipermudahkan”- Zulin Aziz Tunai Umrah Bersama Suami

“Doakan Agar Urusan Kami Dipermudahkan”- Zulin Aziz Tunai Umrah Bersama Suami

230
0

Pelakon dan pengacara Jelita, Zulin Aziz dan suaminya, Farhan Norzaini telah berangkat ke tanah suci bagi menunaikan ibadah umrah, berita ini dikongsikan sendiri oleh Zulin di Instagram nya.

Tunai Umrah Bersama Suami

Menerusi hantaran di Instagram, Zulin turut meminta orang ramai untuk mendoakan agar beliau dan suami dapat menunaikan ibadah umrah yang mabrur di tanah suci.

“Salam Ramadan. Saya dan suami akan berangkat ke tanah suci menunaikan umrah dan menjalani ibadah puasa di sana.

Doakan agar ururan kami dipermudahkan dan selamat perjalanan pergi dan balik kami. Semoga mendapat umrah yang Makbul. InshaAllah.”-Zulin Aziz

2022 04 11 2

Rakan Artis & Peminat Titip Doa Buat Zulin & Suami

Di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis menitipkan ucapan dan doa agar urusan Zulin dan suami dipermudahkan serta memperoleh umrah yang mabrur.

“Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan semua urusan amal ibadah you & suami kat sana. Amin..Kirim salam Rasullullah ya.”-Ezlynn

“Kami doakan semoga permudahkan dan makbul apa yang dihajati.”-Sharifah Shahirah

“Semoga dipermudahkan, selamat pergi & balik, dapat umrah mabrur & balik ni lekat pregnat aamin aamin. Nanti aku whatsapp kirim doa eh.”-Dayana Roza

“@zulinaziz & @farhannorzaini, semoga mendapat umrah yang mabrur.”

Picsart 22 04 11 10 57 06 448

Sekadar info, Zulin Aziz telah selamat mendirikan rumah tangga bersama Farhan Norzaini pada 20 Februari 2022. Dalam majlis tersebut, Zulin menerima mas kahwin RM80, sebentuk cincin dan wang hantaran RM30,000. Majlis perniakahan itu diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan hanya dihadiri keluarga terdekat.

Sumber: Murai MY

Previous article“Lebih 10 Tak Boleh” – Terpaksa Beratur Panjang, Ada Yang Rayu Cef Ammar Hadkan Jualan? Bimbang Kalau…
Next articleTakbir Raya Disangka Azan Buka Puasa, Gelagat Ain Edruce Dan Wany Hasrita ‘Crack’ Habis
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here