Usahawan dan penyanyi baharu, Iqbal Zulkefli menafikan dak.waan terlibat dengan sindiket pengubahan wang haram (money laundering).
Jelas Iqbal, segala aset yang dimilikinya hasil daripada kerja ke.ras dan rezeki halal yang mungkin tidak dipertontonkan kepada khalayak ramai di media sosial.
“Ini fit.nah. Jangan kerana kerja ke.ras saya tidak dipapar di media sosial, kalian mem.fit.nah saya begini.
“Apa kalian tahu bagaimana saya berjuang? Mencari rezeki, sesekali saya tidak akan terlibat dalam sesuatu yang tidak ha.lal. Atau jika ada, buktikan pada saya,” tegasnya.
Malah, Iqbal juga mena.fikan dirinya terlibat dalam perniagaan trading crypto.
“Saya tidak pernah terlibat dalam bisnes trading crypto. Hanya bisnes jual beli secara cash sahaja setakat ini,” jelasnya yang kini berada di Indonesia.
Dalam sesi soal jawab saya, Iqbal mengambil peluang menjawab beberapa soalan lain yang diajukan kepadanya mengenai kehidupan peribadi.
Kongsi Iqbal dia kini memiliki tiga buah kereta memandangkan bukan seorang penggemar dunia permotoran.
“Kalau mahu beli cuma satu atau dua sahaja lagi. Mercedez Sprinter dan Bentley Bentayga,” katanya.
Iqbal juga memberitahu dia masih menginap di sebuah hotel mewah di Indonesia berharga RM800 sehari.
“Saya terpaksa tinggal di hotel supaya dapat kemas setiap hari dan lebih selamat,” tambahnya.
Sumber: Gempak