Home Kehidupan Disbbkan Tegur Suami Psal Buku Klinik Koyak, Wanita Ini Diceraikn Selepas 13...

Disbbkan Tegur Suami Psal Buku Klinik Koyak, Wanita Ini Diceraikn Selepas 13 Hari Melahirkan Ank

279
0

Seorang wanita langsung tidak menyangka tindakan menegur suaminya kerana buku temu janji klinik koyak telah menyebabkan dirinya diceraikan oleh suami. Apa yang lagi menyedihkan adalah dirinya diceraikan ketika masih dalam pantang selama 13 hari selepas baru sahaja melahirkan anak ketiga.

Wanita ini berusia 26 tahun yang menetap di Flat Taman Semarak 2, Nilai dan berasal dari Sabah. Beliau mengalami tekanan dan kemurungan teruk hingga menyebabkan hampir bunuh diri. Mujurlah jiran-jirannya datang membantu dan berjaya menyelamatkannya.

Wanita ini mengatakan beliau tidak tahu mengapa dirinya diceraikan dengan talak satu oleh suaminya. Beliau juga mengatakan berasa hiba kerana anak ketiganya baru sahaja dilahirkan dan belum sempat merasa kasih sayang seorang bapa. Beliau juga berdepan dengan masalah kewangan yang teruk lebih-lebih lagi ketika PKP dan menurutnya ini selama ini bil api, air, sewa rumah telah ditanggung sepenuhnya oleh bekas suami dan kini dia sudah tiada tempat bergantung.

Wanita ini juga mengatakan:

“Ini sudah penceraian kedua kami selepas bercerai pada tahun 2018 yang lalu, namun kembali rujuk masa dalam tempoh edah”

Baca lagi: “Wanita Mengandung Mesti Pernah Alami Benda Mcm Ni” -Netizen

Baca lagi: Baru Sahaja Tular Isu Penceraian, Begini Keadaan Syamsul Yusof Yang Ramai Belum Tahu

sinetronmalaya.com Disbbkan Tegur Suami Psal Buku Klinik Koyak Wanita Ini Diceraikn Selepas 13 Hari Melahirkan Ank sss

Suaminya yang bekerja sebagai operator kilang hanya menerima separuh gaji sahaja sejak PKP. Beliau juga mengatakan mengkin bekas suaminya berasa tertekan sejak PKP kerana tidak dapat bekerja seperti biasa dan kemuncaknya dia yerpaksa menjalani kuarantin di rumah selama 10 hari kerana positif C0vid-19.

Beliau juga tidak menyangka tegurannya kepada suami yang membiarkan buku temu janji klinik anaknya koyak telah menyebabkan dirinya diceraikan. Beliau turut meluahkan hasratnya untuk memulakan hidup baru dengan anak-anaknya dan tidak mahu mengenangkan apa yang berlaku. Meskipun begitu, beliau meluahkan rasa bimbang kerana tidak tahu cara untuk membayar sewa rumah dan bil utiliti kerana selama ini semuanya ditanggung oleh suami.

Keluarga wanita ini telah menerima kunjungan daripada Muzaliza Musa iaitu pengurus Semarak Resourse Centre yang merupakan pusat komuniti flat berkenaan. Jelas Muzaliza, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan turun padang membantu keluarga ini.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: SAJA

Previous article“Tak Ponah Dibuek Oghang Senawang , Oghang Luar Ni”-Lagi Jalan Mengelirukan Di Senawang
Next article“Lelaki Mat Saleh Kagum Harga Menu Lengkap RM5”-Kalau Dekat UK Takda Macam Ni
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here