Home Kehidupan Disangkakan Pengemis, Lelaki Berpakaian Selekeh Beli Kereta Harga RM54 Ribu Secara Tunai

Disangkakan Pengemis, Lelaki Berpakaian Selekeh Beli Kereta Harga RM54 Ribu Secara Tunai

210
0

Seorang lelaki berusia 69 tahun yang berpakaian selekeh telah datang kepusat pameran kereta, namun dipandang remeh oleh pengawal keselamatan. Lelaki itu dikenali sebagai Wardji yang berpakaian seakan ‘pengemis’ dan seperti tidak mampu untuk membeli kereta.

Dezy Ais merupakan Pegawai Jualan di PT Mandiri Zirang Utama, Sragen, beliau dan pengawal keselamatan tidak sangka bahawa lelaki berpakaian selekeh itu mahu membeli kereta berharga RM54 ribu dengan bayaran tunai.

Lelaki yang seakan ‘pengemis’ itu berkata:

“Saya nak tengok kereta cik. Duit saya ada sekitar Rp. 170 juta. Ada yang duit simpanan, ada yang duit pusaka”

Dezy Ais yang terkejut mendengar kata-kata itu, bagaimanapun beliau tetap melayan lelaki tersebut itu dengan baik seperti mana beliau melayan pelanggan-pelanggan lain. Beliau turut membawa lelaki tersebut untuk melihat kenderaan yang ada. Lelaki itu juga tidak membuat pembelian terus tetapi berjanji akan datang semula ke tempat itu dan membawa wang yang cukup.

sinetronmalaya.com Disangkakan Pengemis Lelaki Berpakaian Selekeh Beli Kereta Harga RM54 Ribu Secara Tunai uu

Keesokkan harinya lelaki tersebut kembali dan membawa guni yang berisi wang dan duduk di atas lantai untuk mengira duitnya. Beberapa orang pekerja turut membantu mengira duit tersebut. Kiraan mengambil masa lebih 3 jam, dan jumlahnya adalah sebanyak Rp 180 juta persamaan duit Malaysia adalah RM54,229.

Lelaki itu membeli kereta Daihatsu Sigra yang berwarna putih dan terus hantar ke rumah. Wardji mengatakan, tujuannya membeli kereta untuk memudahkan beliau balik ke kampung.

Baca lagi: Tak sangka dianggap pengemis, pengalaman wanita ini buat ramai terbahak

Baca lagi: Kereta Accident, Skali Rancak Brborak Pasal Konsert Siti Nurhaliza

senetronmalaya.com Disangkakan Pengemis Lelaki Berpakaian Selekeh Beli Kereta Harga RM54 Ribu Secara Tunai jj

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: NangTime

Previous articleBaby Shima makan udang hidup-hidup untuk kesihatan
Next articleBapa Belajar Hisap Dadah Dari Anak
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here